Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2021

UMNO masih bongkak meski ditolak rakyat pada PRU-14

Imej
BANGI, 17 Syaaban 1442H, Rabu – UMNO masih terus diulit mimpi dalam tidur yang lena walaupun telah ditolak mentah-mentah oleh rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), dengan kejatuhan teruk kerajaan Barisan Nasional (BN), kata pemerhati politik, Ir Ts Lukman Al Hakim Mohamad. Beliau berkata, parti terbesar orang Melayu di Malaysia itu dengan penuh sombong … The post UMNO masih bongkak meski ditolak rakyat pada PRU-14 appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/RwkJ8P

KDNK Malaysia dijangka berkembang hingga 7.5 peratus: Gabenor BNM

Imej
KUALA LUMPUR, 17 Syaaban 1442H, Rabu – Ekonomi Malaysia dijangka berkembang antara enam hingga 7.5 peratus tahun ini, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus. Nor Shamsiah berkata, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kemungkinan akan kembali ke tahap pra-COVID-19 pada pertengahan 2021. Katanya, perkara ini disokong oleh peningkatan permintaan luar di … The post KDNK Malaysia dijangka berkembang hingga 7.5 peratus: Gabenor BNM appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/RwkJ7l

PEMBELA serah memorandum kes kalimah Allah 2.0 kepada MAIWP

Imej
BANGI, 16 Syaaban 1442H, Selasa – Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) menyerahkan memorandum kes kalimah Allah 2.0 kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), semalam. Delegasi gabungan NGO-NGO Islam itu diketuai Haji Rashidi Haris, turut serta anggota Sekretariat PEMBELA Pusat iaitu Mohammad Syahnis, Imran Harith dan Aizat Rahimi. Memorandum kes Kalimah Allah 2.0 itu diterima oleh … The post PEMBELA serah memorandum kes kalimah Allah 2.0 kepada MAIWP appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/RwjMbg

SPRM kesan lelaki bantu siasatan

Imej
BANGI, 16 Syaaban 1442H, Selasa – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan. Dalam satu kenyataan hari ini, SPRM berkata, lelaki terbabit Chau Hang Yong, 36, beralamat terakhir di No. 9 Jalan Keembong 42, Taman Johor Jaya, 81100 Johor Bahru, Johor. Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat … The post SPRM kesan lelaki bantu siasatan appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/RwfYqF

Kekurangan vaksin bersifat sementara, tak jejas strategi vaksinasi global

Imej
KUALA LUMPUR, 16 Syaaban 1442H, Selasa – Langkah Kesatuan Eropah (EU) menyekat eksport vaksin COVID-19 berikutan kemunculan jangkitan gelombang ketiga dan keputusan New Delhi menangguhkan eksport vaksin ekoran lonjakan jangkitan di India mendapat perhatian dunia. Ditambah tindakan Amerika Syarikat (AS) menyekat eksport bahan mentah untuk penghasilan vaksin bagi meningkatkan pengeluaran Pfizer BioNTech – Comirnaty di … The post Kekurangan vaksin bersifat sementara, tak jejas strategi vaksinasi global appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/RwfYmY

Tangguh ECRL: Kerajaan tanggung rugi RM1.25 juta sehari

Imej
PUTRAJAYA, 15 Syaaban 1442H, Isnin – Kerajaan menanggung kerugian kira-kira RM1.25 juta sehari ekoran keputusan kerajaan negeri Selangor menangguhkan persetujuan penjajaran semula projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), kata Pengerusi Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL), Tan Sri Mohd Zuki Ali. Beliau berkata, projek kereta api mega kerjasama Malaysia dan China itu tertangguh kira-kira setahun … The post Tangguh ECRL: Kerajaan tanggung rugi RM1.25 juta sehari appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/RwddYn

Rakyat marhaen langgar SOP terus dikompaun, tapi kayangan?

Imej
BANGI, 15 Syaaban 1442H, Isnin – Rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa tidak puas hati dengan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), yang dianggap seperti ‘double standard’.  Rakyat marhaen melihat orang kenamaan serta figura publik yang sering muncul di paparan media massa dan media sosial ‘terlepas’ daripada sebarang kompaun dan hukuman … The post Rakyat marhaen langgar SOP terus dikompaun, tapi kayangan? appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/RwZvCZ

Munaqasyah kedua isu kalimah Allah dua minggu lagi

Imej
KUALA PERLIS, 15 Syaaban 1442H, Isnin – Perbincangan kedua berhubung penggunaan kalimah Allah yang melibatkan pakar panel akidah dan undang-undang daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan diadakan dalam tempoh kira-kira dua minggu lagi. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, perbincangan khas, atau ‘munaqasyah’ itu … The post Munaqasyah kedua isu kalimah Allah dua minggu lagi appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/RwZv7v

Tunjuk perasaan di Bangladesh bertukar ganas selepas lawatan Modi

Imej
DHAKA, 14 Syaaban 1442H, Ahad – Sekurang-kurangnya puluhan orang dilaporkan cedera dalam pertempuran antara polis dan penunjuk perasaan di Bangladesh pada Ahad – hari ketiga tunjuk perasaan terhadap lawatan pemimpin nasionalis Hindu India. Penunjuk perasaan juga dilaporkan menyerang kuil Hindu dan kereta api di timur Bangladesh. Protes hari ini turut menyaksikan ratusan penunjuk perasaan membakar … The post Tunjuk perasaan di Bangladesh bertukar ganas selepas lawatan Modi appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/RwZ1ZW

BN tanding sendirian, ‘no Anwar, no DAP, no Bersatu’

Imej
KUALA LUMPUR, 14 Syaaban 1442H, Ahad – Barisan Nasional (BN), parti gabungan yang ditunjangi UMNO, memutuskan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) secara bersendirian, kata Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Ahmad Zahid, yang juga Presiden UMNO berkata, parti terbesar orang Melayu itu turut memutuskan untuk mengekalkan keputusan Majlis Tertinggi (MT) supaya tiada … The post BN tanding sendirian, ‘no Anwar, no DAP, no Bersatu’ appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/RwX2Cr

Belum ada pemimpin Melayu betul-betul berani atas nama perpaduan!

Imej
MENJELANG PRU15, yang ramai menjangkakan akan diadakan pada tahun ini selepas habisnya tempoh darurat, maka rakyat telah dihidangkan pelbagai retorik politik oleh parti-parti yang ada. Isu yang sering digembar-gemburkan ialah mengenai 𝗽𝗲𝗿𝗽𝗮𝗱𝘂𝗮𝗻 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗠𝗲𝗹𝗮𝘆𝘂. Kalau sebelum ini ada parti yang tak kisah sangat pasal orang Melayu kerana mereka menganggap itu rasis. Mereka kononnya memperjuangkan semua … The post Belum ada pemimpin Melayu betul-betul berani atas nama perpaduan! appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/RwX2Bx

Kerajaan pertimbang vaksin 1 dos kepada penduduk di pedalaman

Imej
BAGAN SERAI, 13 Syaaban 1442H, Sabtu – Kerajaan mempertimbangkan untuk menggunakan vaksin satu dos seperti CanSino dari China untuk penduduk di kawasan pedalaman kerana kesukaran untuk mereka datang semula untuk mendapatkan suntikan kedua. Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata kerajaan bersedia mempertimbangkan langkah itu dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dengan mengambil kira … The post Kerajaan pertimbang vaksin 1 dos kepada penduduk di pedalaman appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/RwWQbc

Penubuhan PEMBELA Kebangsaan langkah perjuang suara rakyat

Imej
BANGI, 13 Syaaban 1442H, Sabtu – Penubuhan Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) Kebangsaan dengan gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di setiap negeri adalah salah satu langkah dalam memperjuangkan suara rakyat. Pengerusinya, Haji Aminuddin Yahaya berkata, ia juga adalah titik permulaan untuk mengumpul dan menggembleng kekuatan NGO Melayu – Islam di seluruh negara bagi menggerakkan aspirasi perjuangan … The post Penubuhan PEMBELA Kebangsaan langkah perjuang suara rakyat appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/RwTMyl

Pengganas rancang bunuh Tun M, Guan Eng

Imej
KUALA LUMPUR, 13 Syaaban 1442H, Sabtu – Dua rakyat Malaysia dan seorang Indonesia dilaporkan merancang untuk membunuh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan beberapa menteri tahun lalu, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador. Katanya, ketiga-tiga lelaki itu adalah antara enam yang ditangkap di Kuala Lumpur, Selangor, Perak dan Pulau Pinang … The post Pengganas rancang bunuh Tun M, Guan Eng appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/RwTMxh

6 individu ditahan disyaki terlibat kumpulan pengganas

Imej
KUALA LUMPUR, 13 Syaaban 1442H, Sabtu – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan enam individu disyaki terlibat dalam kumpulan pengganas di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Perak dan Pulau Pinang pada 6 dan 7 Januari lepas. Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata kesemua mereka yang ditahan terdiri daripada lima warga tempatan dan seorang warga … The post 6 individu ditahan disyaki terlibat kumpulan pengganas appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/RwSkZL

Produk ada steroid anabolik, bahan terlarang bernilai RM1.2 juta dirampas

KUALA LUMPUR, 12 Syaaban 1442H, Jumaat – Kira-kira 300 produk mengandungi steroid anabolik, produk psikotropik, bahan terlarang lain serta produk tidak berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah bernilai RM1.2 juta, dirampas dalam satu operasi Bahagian Penguatkuasaan Farmasi. Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan, Dr Faridah Aryani Md Yusof berkata, dalam operasi Selasa lepas melibatkan cawangan … The post Produk ada steroid anabolik, bahan terlarang bernilai RM1.2 juta dirampas appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/RwQ0BL

Jangan pandang remeh, hapuskan kartel PDRM hingga akar umbi

Imej
Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar BANGI, 12 Syaaban 1442H, Jumaat – Kementerian Dalam Negeri (KDN) digesa mengambil tindakan segera bagi membendung ketirisan yang sedang berlaku di dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM). Ketua Komunikasi dan Multimedia Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Haji Rashidi Haris berkata, pendedahan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador baru-baru ini mengenai … The post Jangan pandang remeh, hapuskan kartel PDRM hingga akar umbi appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/RwQ077

Hampir 100 kapal dagang asing bersauh secara haram di perairan Johor setiap hari

Imej
JOHOR BAHRU, 11 Syaaban 1442H, Khamis – Secara purata dianggarkan hampir 100 kapal dagang asing dikesan bersauh secara haram setiap hari di perairan Johor Timur, sejak 10 Januari hingga semalam. Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Laksamana Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som berkata kejadian itu dilihat amat serius kerana melibatkan kapal tangki, … The post Hampir 100 kapal dagang asing bersauh secara haram di perairan Johor setiap hari appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/RwP7rD

Tentera Myanmar bebaskan 600 tahanan

Imej
NAYPITAW, 11 Syaaban 1442H, Khamis – Jurugambar Associated Press (AP) antara 600 tahanan yang dibebaskan junta tentera Myanmar, selepas satu tindakan keras dikenakan ke atas penunjuk perasaan. Di pusat komersial Yangon, jurugambar AP, Thein Zaw, 32, yang ditangkap bulan lalu ketika tunjuk perasaan telah dibebaskan dari penjara Insein. “Saya kini dalam perjalanan pulang untuk bertemu … The post Tentera Myanmar bebaskan 600 tahanan appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/RwLFJG

Persetujuan majoriti MP mampu selesai konflik perundangan Sivil, Syariah

Oleh Fazleen Safina BANGI, 11 Syaaban 1442H, Khamis – Hanya dengan persetujuan dua pertiga Ahli Parlimen mampu menyelesaikan konflik perundangan dalam bidang kuasa Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah menerusi pindaan Perlembagaan . Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, penyelesaian itu juga dapat dicapai dengan persetujuan majoriti daripada para hakim. … The post Persetujuan majoriti MP mampu selesai konflik perundangan Sivil, Syariah appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/RwLFGy

DBP bila nak bertindak salah guna kalimah ‘Allah’ dalam Bahasa Melayu?

Imej
BARU-BARU ini, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah dilanda suatu polemik iaitu kontroversi definisi perkataan ‘Keling’ daripada suatu definisi perkataan lain. Selepas diasak atas bawah, kiri kanan selama beberapa hari, akhirnya mereka bersetuju menukarkannya dengan perkataan yang lain. Saya tidaklah mahu komen akan teknikaliti definisi perkataan tersebut, walaupun secara sejarah dan budaya setempat bangsa Melayu … The post DBP bila nak bertindak salah guna kalimah ‘Allah’ dalam Bahasa Melayu? appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/RwKNVM

Isu Korea Utara: ATM siap siaga, fokus ancaman siber

IsuKUALA LUMPUR, 10 Syaaban 1442H, Rabu – Angkatan Tentera Malaysia meningkatkan tahap kesiapsiagaan, antaranya menumpukan kepada ancaman siber dalam memastikan data rahsia kerajaan berada dalam keadaan selamat, susulan kenyataan Kaunselor Kedutaan Korea Utara di Malaysia Kim Yu-Song baru-baru ini. Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Affendi Buang berkata, negara kini bukan sahaja berhadapan dengan ancaman … The post Isu Korea Utara: ATM siap siaga, fokus ancaman siber appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/RwGRJg

Lebih 481,000 individu terima vaksin setakat 23 Mac

Imej
KUALA LUMPUR, 10 Syaaban 1442H, Rabu – Seramai 481,989 individu telah menerima suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan setakat semalam. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata daripada jumlah itu 430,368 individu telah menerima dos pertama vaksin sementara 51,621 individu telah melengkapkan kedua-dua suntikan vaksin tersebut. Berdasarkan infografik yang dikongsikan menerusi laman Twitter … The post Lebih 481,000 individu terima vaksin setakat 23 Mac appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/RwGRCz

Kalimah Allah: PEMBELA junjung titah Sultan Selangor, Sultan Johor

Imej
BANGI, 9 Syaaban 1442H, Selasa – Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) menjunjung dan menyokong titah raja-raja Melayu yang bersungguh-sungguh menunaikan amanah sebagai ketua agama Islam negeri. Ini selepas Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini dengan tegas bertitah bahawa kalimah Allah ialah suatu kalimah suci umat Islam dan hanya boleh digunakan untuk merujuk kepada Tuhan … The post Kalimah Allah: PEMBELA junjung titah Sultan Selangor, Sultan Johor appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/RwFYdh

Lebih 450,000 terima suntikan vaksin COVID-19 setakat 22 Mac

Imej
KUALA LUMPUR, 9 Syaaban 1442H, Selasa – Seramai 452,919 individu di negara ini telah menerima suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan setakat semalam. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba dalam satu infografik yang dikongsikan di laman Twitter rasminya hari ini, berkata daripada jumlah itu, seramai 422,058 individu menerima suntikan dos pertama manakala 30,861 … The post Lebih 450,000 terima suntikan vaksin COVID-19 setakat 22 Mac appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/RwBdWd

Dasar pembangunan bandar raya perlu rangka strategi daya tahan

Imej
KUALA LUMPUR, 9 Syaaban 1442H, Selasa – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah amalan dan dasar pembangunan bandar raya di seluruh negara perlu merangkumi strategi baharu dengan menitikberatkan elemen kesiagaan serta daya tahan. Titah Seri Paduka, langkah itu perlu dalam menghadapi sebarang kejutan pada masa hadapan sama ada bencana alam mahu … The post Dasar pembangunan bandar raya perlu rangka strategi daya tahan appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/RwBdST

Kren jatuh: JKKP siasat jika langgar akta

Imej
PUTRAJAYA, 8 Syaaban 1442H, Isnin – Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) sedang menyiasat sekiranya wujud perlanggaran Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dalam insiden komponen besi kren terjatuh di tapak pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) di Puncak Bayan, Persiaran Alam Damai, Cheras hari ini. Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim berkata, … The post Kren jatuh: JKKP siasat jika langgar akta appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/Rw9m51

‘Mungkin Korea Utara bertindak balas, tapi tak membimbangkan’

Imej
Oleh Athirah Huda Zalhe BANGI, 8 Syaaban 1442H, Isnin – Tindakan Malaysia mengusir semua diplomat Korea Utara memberi isyarat jelas dan tegas bahawa mereka tidak lagi dibenarkan mengambil kesempatan ke atas negara ini. Ini kerana, ‘negara paling tertutup’ itu sering mengambil kesempatan ke atas Malaysia termasuk menjadikan negara sebagai pusat kegiatan ‘gelap’ seperti aktiviti menjual … The post ‘Mungkin Korea Utara bertindak balas, tapi tak membimbangkan’ appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/Rw6tNN

PAS, Bersatu bentuk jawatankuasa PN Terengganu secara rasmi

Imej
KUALA TERENGGANU, 7 Syaaban 1442H, Isnin  – Perikatan Nasional (PN) Terengganu telah membentuk jawatankuasa baharu secara rasmi yang terdiri daripada kepemimpinan PAS dan Bersatu negeri itu, malam tadi. Ketua Penerangan PN Terengganu Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, jawatankuasa itu dipengerusikan Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar serta dibantu oleh Pengerusi Bersatu Terengganu Datuk … The post PAS, Bersatu bentuk jawatankuasa PN Terengganu secara rasmi appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/Rw6tJ9

Pengusiran diplomat Korea Utara selaras Konvensyen Vienna 1961

Imej
PUTRAJAYA, 7 Syaaban 1442H, Ahad – Pengusiran kesemua petugas diplomatik di Kedutaan Korea Utara di Kuala Lumpur dijalankan selaras dengan Artikel 9 Konvensyen Vienna Mengenai Hubungan Diplomatik 1961, kata Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Malaysia hari ini mengusir semua diplomat Korea Utara selaras dengan keputusan kerajaan yang diumumkan oleh Wisma Putra, Jumaat lalu. … The post Pengusiran diplomat Korea Utara selaras Konvensyen Vienna 1961 appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/Rw62w6

Ibu bapa Uyghur dipisah dengan anak-anak seawal usia 5 tahun?

Imej
AMNESTY International (Amnesty) hari ini mengeluarkan laporan hasil kaji selidik berkenaan kekejaman kerajaan komunis China terhadap penduduk Islam Uyghur di wilayah autonomi Xinjiang. Melalui laporan tersebut, Amensty mendedahkan, ada di antara sebilangan keluarga terpaksa berpisah dengan anak-anak seawal usia 5 tahun. “Kem tahanan kejam China di Xinjiang telah menyebabkan ada keluarga yang terpisah dalam keadaan … The post Ibu bapa Uyghur dipisah dengan anak-anak seawal usia 5 tahun? appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/Rw3y0l

Kalimah Allah: Semangat menentang tak sehangat gelombang ICERD

Imej
BANGI, 7 Syaaban 1442H, Ahad – Isu penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan pendidikan keagamaan Kristian seolah-olah tidak mendapat tentangan hebat ramai pihak seperti yang berlaku dalam bantahan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) sebelum ini. Sehubungan itu, Presiden gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni tidak menolak kemungkinan perjalanan … The post Kalimah Allah: Semangat menentang tak sehangat gelombang ICERD appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/Rw3xyD

Pakej umrah: Bakal jemaah terkesan diminta bincang semula dengan agensi pelancongan

Imej
SHAH ALAM, 6 Syaaban 1442H, Sabtu – Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (PAPUH) memohon supaya bakal jemaah terkesan yang telah menempah pakej bagai menunaikan ibadah itu agar berbincang semula dengan agensi pelancongan masing-masing. Presiden PAPUH Malaysia Datuk Seri Razali Mohd Sham menyarankan supaya bakal jemaah terbabit membenarkan agensi pelancongan menjadualkan semula tarikh berlepas setelah pintu sempadan negara … The post Pakej umrah: Bakal jemaah terkesan diminta bincang semula dengan agensi pelancongan appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/Rw3Lbs

Cari rezeki kerana arahan Allah SWT

Imej
1. BILA seseorang sedar bahawa banyak nikmat dunia yang tidak dapat dia kecapi, dia akan beruntung hanya sekiranya dia berusaha untuk tidak terlepas nikmat-nikmat di akhirat. Oleh itu, apabila kita terlepas nikmat dunia, jangan sesekali melakukan sesuatu yang akan menjadikan kita terlepas juga nikmat akhirat. Ulama menasihatkan: “Sesiapa yang melihat kepada kesudahan, maka dialah yang … The post Cari rezeki kerana arahan Allah SWT appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/Rw1Fb2

‘Cerita Tommy Thomas jangan disenyapkan’

Imej
BANGI, 6 Syaaban 1442H, Sabtu – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menggesa kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas. Beliau berkata, banyak alasan perlunya RCI terhadap Tommy Thomas diwujudkan, susulan pendedahan beliau dalam memoir berjudul ‘ My Story: Justice in the Wilderness’. “Pertama, … The post ‘Cerita Tommy Thomas jangan disenyapkan’ appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/Rw1FYR

Bertempur dengan Israel, seorang warga Palestin ditembak di kepala

Imej
TEBING BARAT, 5 Syaaban 1442H, Jumaat – Tentera negara pengganas Israel menembak mati seorang warga Palestin dalam pertempuran di Tebing Barat yang diduduki, kata seorang saksi Reuters. Mangsa ditembak di kepala dan dibawa ke sebuah hospital berhampiran bandar Tebing Barat, Nablus di mana dia menghembuskan nafas terakhir, kata Kementerian Kesihatan Palestin. Lelaki Palestin yang dibunuh … The post Bertempur dengan Israel, seorang warga Palestin ditembak di kepala appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/Rw0bNh

Polis buka kertas siasatan kekecohan Konvensyen DAP Perak

Imej
IPOH, 5 Syaaban 1442H, Jumaat – Polis telah membuka kertas siasatan berhubung kekecohan membabitkan perwakilan Konvensyen DAP Perak di Pusat Konvensyen Ipoh pada Ahad lepas. Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalatharash Wahid berkata, kes itu disiasat menurut Seksyen 22A Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021. Polis telah memanggil penganjur bagi membantu siasatan … The post Polis buka kertas siasatan kekecohan Konvensyen DAP Perak appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/RvxpbD

KPT puas hati tahap pematuhan SOP pelajar pulang ke kampus

Imej
BATU PAHAT, 5 Syaaban 1442H, Jumaat – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berpuas hati dengan tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) penerimaan pelajar kembali ke kampus bagi mengikuti pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara hibrid, mulai awal bulan ini. Menterinya Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata daripada keseluruhan kira-kira 1.3 juta pelajar di seluruh negara, seramai 44,000 … The post KPT puas hati tahap pematuhan SOP pelajar pulang ke kampus appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/RvxpWf

Kerajaan diminta wartakan kediaman Tunku Abdul Rahman

Imej
GEORGETOWN, 4 Syaaban 1442H, Khamis – Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang) meminta kerajaan mewartakan kediaman Perdana Menteri pertama Malaysia, Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj di Pulau Tikus sebagai warisan negara. Presiden Pemenang, Tan Sri Mohd Yussof Latiff berkata, langkah itu perlu untuk memastikan rumah yang kaya dengan sejarah akan terus dilindungi dan dipelihara. Katanya, … The post Kerajaan diminta wartakan kediaman Tunku Abdul Rahman appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/Rvx0Ty

Kerajaan perlu teruskan rayuan isu kalimah Allah: Sultan Johor

Imej
BANGI, 4 Syaaban 1442H, Khamis – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah menyeru Kerajaan Persekutuan meneruskan rayuan dalam prosiding penggunaan kalimah Allah dalam kalangan orang bukan Islam. Baginda turut mengarahkan Majlis Agama Islam Negeri Johor untuk mengambil apa-apa tindakan yang perlu dan wajar bagi menyokong usaha rayuan terbabit. Titah baginda, nama ‘Allah’ ini diberi … The post Kerajaan perlu teruskan rayuan isu kalimah Allah: Sultan Johor appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/Rvsykn

Dr Bee Phang wanita Cina pertama dilantik Komisioner Polis

Imej
BANGI, 4 Syaaban 1442H, Khamis – Datuk Dr Lee Bee Phang dilantik sebagai Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) (Penyelidikan dan Pembangunan) Bukit Aman dengan memangku pangkat Komisioner Polis (CP). CP adalah gelaran peringkat ketiga tertinggi yang boleh dianugerahkan kepada pegawai polis selepas Ketua Polis Negara (IGP) dan Timbalan Ketua Polis Negara (DIG). Sebelum … The post Dr Bee Phang wanita Cina pertama dilantik Komisioner Polis appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/Rvsyjp

Isu kalimah Allah: Ahli politik, orang ramai jangan hangatkan keadaan

Imej
KUALA LUMPUR, 3 Syaaban 1442H, Rabu – Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador mengingatkan semua ahli politik dan orang ramai, agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menghangatkan isu penggunaan kalimah ‘Allah’. Beliau berkata, semua pihak perlu percaya kepada sistem kehakiman negara dan membiarkan isu berkenaan diselesaikan, menurut sistem perundangan di negara ini. … The post Isu kalimah Allah: Ahli politik, orang ramai jangan hangatkan keadaan appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/Rvs7B3

Kanak-kanak 3 tahun meninggal lepas 4 jam tertinggal dalam kereta

Imej
SUNGAI PETANI, 3 Syaaban 1442H, Rabu – Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun 11 bulan meninggal dunia selepas ditemui tertinggal di dalam kereta lebih empat jam di hadapan sebuah tadika di Taman Ria di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Adzli Abu Shah berkata mangsa ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam … The post Kanak-kanak 3 tahun meninggal lepas 4 jam tertinggal dalam kereta appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/Rvp4Fd

Pemimpin politik terima rasuah demi survival?

Imej
Oleh Fazleen Safina BANGI, 3 Syaaban 1442H, Rabu – Penganalisis politik, Prof Emeritus Datuk Dr Zainal Kling tidak menafikan wujud pemimpin politik yang terbabit dalam gejala rasuah. Bagaimanapun, Ketua Eksekutif Sekretariat Kongres Maruah Melayu itu menegaskan, tidak semua golongan politik berbuat demikian, selain percaya kebanyakan pemimpin menerima rasuah demi survival politik. “Dalam politik kita memerlukan … The post Pemimpin politik terima rasuah demi survival? appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/Rvp4F7

Belum ada kerjasama PKR-UMNO, hanya perbincangan awal

Imej
PETALING JAYA,  2 Syaaban 1442H, Selasa – Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata, belum ada kerjasama secara rasmi antara PKR dan UMNO sebaliknya perkara itu hanya pada peringkat perbincangan awal. Beliau berkata, perbincangan itu setakat ini membabitkan sokongan untuk bekerjasama secara individu oleh beberapa Ahli Parlimen UMNO. “Ada beberapa Ahli Parlimen UMNO … The post Belum ada kerjasama PKR-UMNO, hanya perbincangan awal appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/RvnCJM

PRU15: PH boleh ‘rampas kuasa’ jika PN-MN berpecah

Imej
Oleh Athirah Huda Zalhe BANGI, 2 Syaaban 1442H, Selasa – Tidak mustahil gabungan Perikatan Nasional (PN) dan Muafakat Nasional (MN) memenangi kerusi majoriti, sekiranya kerjasama antara UMNO, PAS dan Bersatu diteruskan sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Ini kerana, gabungan tiga parti Melayu itu dilihat paling ideal dan kukuh untuk memenangi majoriti kerusi Parlimen dan … The post PRU15: PH boleh ‘rampas kuasa’ jika PN-MN berpecah appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/RvkDPq

Mengapa masih tidak haramkan Dong Zong?: Ridhuan Tee

Imej
MENGAPA masih memberi muka kepada badan bukan kerajaan (NGO) rasis ini? Pertubuhan ekstremis Cina, Dong Zong mendakwa, 98.29 peratus Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) menolak pembelajaran tulisan Jawi. Tiada guna memperkenalkan tulisan Jawi dan buang masa sahaja katanya. Saya sudah lama menjangkakan jawapan yang amat kurang ajar ini, sekalipun tiada tinjauan dilakukan kerana ia sudah … The post Mengapa masih tidak haramkan Dong Zong?: Ridhuan Tee appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/RvkDNM

MIC nafi tinggalkan BN

Imej
KUALA LUMPUR, 1 Syaaban 1442H, Isnin – MIC hari ini menafikan dakwaan kononnya parti itu sedang dipancing meninggalkan Barisan Nasional (BN) untuk menyertai blok politik lain. Presidennya Tan Sri S.A Vigneswaran berkata sebaliknya parti itu kekal dengan pendirian untuk bersama BN dan pada masa sama berharap gabungan itu boleh bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) yang … The post MIC nafi tinggalkan BN appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/RvjNsy

15 Mac kini Hari Pengguna Kebangsaan

Imej
BANGI, 1 Syaaban 1442H, Isnin – Kerajaan bersetuju menerima cadangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk menjadikan 15 Mac setiap tahun sebagai Hari Pengguna Kebangsaan. Menteri KPDNHEP, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, tarikh 15 Mac dipilih bersempena dengan sambutan Hari Hak-Hak Pengguna Sedunia yang disambut setiap tahun sejak 1983 secara … The post 15 Mac kini Hari Pengguna Kebangsaan appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/RvfTYv

Pernahkah anda mendengar konsep contextualization?

Imej
DALAM konteks strategi penyebaran agama Kristian, ia bermaksud mempersembahkan ajaran Bible mengikut budaya dan bahasa setempat bagi mempengaruhi masyarakat secara optimum. Strategi ini ada 4 fasa: 1) No contextualization 2) Minimal contextualization 3) Uncritical contextualization 4) Critical contextualization Dalam fasa kedua ini, para pendakyah Kristian akan menterjemahkan Bible ke dalam bahasa setempat serta membina sebanyak … The post Pernahkah anda mendengar konsep contextualization? appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/RvfTVC

Langgar SOP: 109 individu dikompaun RM1.13 juta

Imej
JOHOR BAHRU, 1 Syaaban 1442H, Ahad – Seramai 109 individu termasuk pengunjung dan pengurus sebuah pusat hiburan dikenakan kompaun berjumlah RM1.13 juta kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam satu serbuan di Muar malam tadi. Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kesemua 81 lelaki dan 28 wanita, berusia … The post Langgar SOP: 109 individu dikompaun RM1.13 juta appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/Rvdgys

292,104 sudah terima vaksin COVID-19

Imej
KUALA LUMPUR, 1 Syaaban 1442H, Ahad – Memasuki hari ke-19 pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang bermula sejak 23 Februari lepas, seramai 292,104 individu telah menerima suntikan dos pertama vaksin di seluruh negara setakat semalam. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba memaklumkan, tiga negeri mencatatkan jumlah tertinggi individu yang menerima dos pertama vaksin tersebut … The post 292,104 sudah terima vaksin COVID-19 appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/RvbblR

Tindakan PDRM longgar syarat kredit BM tak betul: Prof Awang Sariyan

Imej
BANGI, 1 Syaaban 1442H, Ahad – Mengecualikan kelulusan kepujian Bahasa Melayu SPM atas alasan untuk mendorong bukan Bumiputera berkhidmat sebagai Konstabel polis bukan keputusan yang betul.  Pengerusi Lembaga Pengelola, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Prof Datuk Dr Awang Sariyan berkata, terdapat motivasi lain yang lebih wajar dan munasabah untuk membuka peluang kepada mereka.   Katanya, … The post Tindakan PDRM longgar syarat kredit BM tak betul: Prof Awang Sariyan appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/RvbbjG