Penambahan ahli, fokus utama ISMA DHL

BANGI, 15 Dis – “Saya menyeru ahli ISMA supaya jangan culas, lemah atau malas dalam melaksanakan tanggungjawab dan tugas yang telah diamanahkan walaupun tanpa pujian dan wang ringgit,” kata saudara Mohd Noor Azib Asmangi. Beliau juga menggesa ahli ISMA supaya giat dalam usaha menambah bilangan ahli ISMA melalui tajmik dan pengkaderan dan bertindak sebagai ejen ISMA kepada masyarakat. “Ahli ISMA perlu peka dalam mencari peluang untuk bersilaturrahim dengan pemimpin masyarakat sedia ada bagi menjelaskan visi, misi dan fikrah ISMA yang telus kepada masyarakat .” ujar beliau lagi. Saudara Mohd Noor Azib Asmangi , YDP ISMA DHL menyampaikan ucapannya sempena Mesyuarat Agung ISMA cawangan Daerah Hulu Langat bagi sesi 2015-2017. Akhir kata, beliau turut menyeru ahli-ahli ISMA supaya menjadi rijal-rijal dakwah yang sedia dikerah bila-bila masa untuk bekerja bagi memperkasakan ISMA di masa hadapan. Mesyuarat Agung ISMA DHL ini turut menjemput Dr. Kamil Azmi Tohiran selaku waki