RIYADH, Ahad – Malaysia antara 20 negara yang menyertai latihan ketenteraan ‘guruh utara’ bermula semalam, bertujuan mewujudkan gabungan tentera Islam bagi menjaga keselamatan dan keamanan negara-negara Islam dan rantau Teluk. Latihan yang secara rasmi dilancarkan di Hafr Al-Batin di timur Arab Saudi itu adalah sebagai amaran kepada mana-mana pihak yang mahu menimbulkan masalah. Dua puluh negara Arab dan Islam, termasuk pasukan tentera gabungan diketuai Arab Saudi yang menyerang Yaman, terbabit dalam latihan itu. Negara terbabit ialah, Arab Saudi, Emiriyah Arab Bersatu, Jordan, Bahrain, Senegal, Sudan, Kuwait, Maldives, Morocco, Pakistan, Chad, Turki, Tunisia, Comoros, Djibouti, Oman, Qatar, Malaysia, Mesir and Mauritania. Menurut sumber, kira-kira 150,000 tentera, 2,540 pesawat pejuang, 20,000 kereta kebal dan 460 helikopter terbabit dalam latihan ketenteraan terbesar dalam sejarah negara Islam moden di wilayah itu. Jurucakap gabungan tentera Arab, Brig Jeneral Ahmad Al-Assiri, ...