Sudah sampai masanya
Sudah sampai masanya, kita buka lebaran baru dalam membaiki kehidupan masyarakat Melayu Islam di Malaysia. Sudah cukup masa yang sudah dibazirkan untuk perberbalahan yang tidak memberi faedah kepada kelangsungan dan kemajuan umat Islam di Malaysia. Sudah cukup masa yang dilaburkan untuk menyalahkan antara satu sama lain terhadap keadaan kemerosotan dan ketinggalan dalam semua bidang. Hanya masih bergantung kepada kuasa politik yang semakin hari semakin goyah disebabkan oleh perpecahan dan perbalahan yang boleh dibincang antara anak beranak tanpa melibatkan orang lain yang mempunyai agenda untuk melemahkan dan mahu melihat kita berpecah dan bersengketa hatta dalam masalah yang melibatkan kepentingan kita pun masih lagi boleh bersengketa. Sudah sampai masanya untuk kita tidak hanya bergantung kepada slogan perlembagaan masih menjamin Melayu dan Islam. Tetapi realitinya kuasa ekonomi dimonopoli dan dibolot oleh orang lain. Sudah sampai masanya, kita melakukan sesuatu untuk meny