Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2014

PRISMA: Membentuk peribadi muslim sejati

Imej
Para peserta PRISMA'14 bersama dengan barisan urusetia/fasilitator KUALA BERANG, 1 Jun – Seramai 73 orang anak-anak ahli ISMA dari 14 cawangan ISMA (Perak, Kedah, Pulau Pinang, Pahang, Terengganu & Kelantan) telah menyertai program Perkhemahan Anak-Anak ISMA (PRISMA) anjuran ISMA Kuala Terengganu, selaku tuan rumah tahun ini bermula dari 31 Mei hingga 1 Jun lalu di Taman Pertanian Sekayu, Kuala Berang, Terengganu. Wakil Biro Tarbiyah Pusat Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Engku Omar Amiruddin Engku Ali dalam ucapan penutup program ini, telah menegaskan pemuda tunjang kebangkitan Islam. Tambah beliau, sirah para sahabat Rasulullah SAW sendiri telah membuktikan bahawa kehebatan Islam umumnya telah dicipta oleh pemuda-pemuda berani dan tinggi imannya seperti Zaid bin Tsabit dan Muaz bin Jabal. "Anda semua ini (peserta PRISMA) merupakan aset berharga kepada Islam. Kamu adalah rantai-rantai yang akan menyambung perjuangan dakwah ISMA untuk masa hadapan," te