Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2021

Padah cuba sogok polis, 4 lelaki ditahan

Imej
KUALA LUMPUR, 18 Ramadan 1442H, Jumaat – Tindakan empat lelaki cuba menyogok polis supaya membebaskan lapan rakan yang ditangkap kerana disyaki terbabit kegiatan perjudian dalam talian, membawa padah apabila mereka ditahan atas tuduhan cuba merasuah. Kejadian berlaku ketika empat individu terbabit datang ke sebuah apartmen di Jalan Changkat Perak, di sini, yang diserbu pasukan daripada … The post Padah cuba sogok polis, 4 lelaki ditahan appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/RymDJC

Rakyat digesa jadikan SOP COVID-19 amalan wajib

Imej
KAJANG, 18 Ramadan 1442H, Jumaat- Rakyat di negara ini perlu terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan dan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi memastikan penularan jangkitan COVID-19 dapat dikekang. Yang di-Pertua Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) Hulu Langat, Yudi Kurniawan Budi berkata, norma baharu mematuhi SOP harus dijadikan amalan wajib bagi setiap individu dalam … The post Rakyat digesa jadikan SOP COVID-19 amalan wajib appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/RymDFF

Pengganas Israel buka semula zon tangkap ikan di Gaza

Imej
BAITULMAQDIS, 17 Ramadan 1442H, Khamis – Selepas empat hari, negara pengganas Israel akhirnya membuka semula zon penangkapan ikan di Semenanjung Gaza yang dikepung. COGAT – unit ketenteraan yang menyelaraskan urusan awam rakyat Palestin – dalam satu kenyataan hari ini mengumumkan keputusan itu dan berkata, penyambungan semula ‘rutin’ polisi terhadap Gaza ‘tertakluk kepada kesinambungan kedamaian dan … The post Pengganas Israel buka semula zon tangkap ikan di Gaza appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/RylBlm

Gondol hutan isu sensitif, naikkan amarah orang Melayu

Imej
BANGI, 17 Ramadan 1442H, Khamis – Pihak berwajib harus memberi perhatian terhadap sensitiviti umat Islam dan Melayu supaya tidak terguris melihat betapa mudahnya tanah dijual, selain hasil bumi dibolot rakus oleh kapitalis-kapitalis. Ketua Komunikasi dan Multimedia Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Haji Rashidi Haris berkata, sensitiviti itu perlu dijaga kerana perjuangan Melayu mempertahankan negara juga bererti … The post Gondol hutan isu sensitif, naikkan amarah orang Melayu appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/RyhGJN

Sultan Nazrin tidak mahu Surau Al-Karamah diroboh sehingga surau baharu siap

Imej
IPOH, 17 Ramadan 1442H, Khamis – Isu Surau Al-Karamah di Kampung Sri Keramat, Pasir Puteh di sini mendapat perhatian Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah yang memberi perkenan agar surau itu tidak dirobohkan sehingga surau baharu siap dibina. Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim berkata, susulan titah Sultan Nazrin itu, beliau mengadakan perbincangan … The post Sultan Nazrin tidak mahu Surau Al-Karamah diroboh sehingga surau baharu siap appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/RyhGBl

Al-Quran timbang tara kehidupan mukmin cemerlang

Imej
SEMPENA nuzul al-Quran ini marilah sama sama kita menginsafi betapa pentingnya al-Quran di dalam membina kehidupan kita semua. Al-Quran adalah garis panduan kita semua. Generasi pertama (para sahabat) adalah generasi yang cemerlang bersama al-Quran. Kecemerlangan mereka bersama al-Quran terus gemilang sehingga dunia telah dapat mereka tadbir dan makmurkan dengan keberkatan penghayatan mereka kepada al-Quran. Kita … The post Al-Quran timbang tara kehidupan mukmin cemerlang appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/RygDBm

Siasat, tangani budaya sembang lucah terutama di sekolah

Imej
BANGI, 16 Ramadan 1442H, Rabu – Tindakan bercerita atau membuat lawak jenaka berbaur lucah dengan murid adalah satu pelakuan yang boleh dianggap gangguan seksual. Sebaiknya, sebarang gurauan berbaur lucah patut dielakkan walau di mana sahaja, apatah lagi berhadapan dengan murid-murid di sekolah. Justeru, Biro Keluarga dan Masyarakat Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) menggesa, isu video tular … The post Siasat, tangani budaya sembang lucah terutama di sekolah appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/RycJVL

Dikompaun RM50,000, peniaga pasrah jika kedai runcit dirampas

Imej
KOTA BHARU, 16 Ramadan 1442H, Rabu – Seorang peniaga pasrah sekiranya pihak berkuasa merampas kedai runcitnya sebagai ganti akibat tidak mampu membayar kompaun sebanyak RM50,000. Mansah Marjurin, 47, antara tiga peniaga dikenakan kompaun dengan jumlah tinggi pada Ahad lalu bagi kesalahan beroperasi lebih masa ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Beliau yang berniaga di kedai runcit … The post Dikompaun RM50,000, peniaga pasrah jika kedai runcit dirampas appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/RycJTX

Mufti Kelantan nasihat warga emas jangan risau terima suntikan vaksin

Imej
KOTA BHARU, 15 Ramadan 1442H, Selasa – Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, pengalamannya dijangkiti COVID-19 tahun lepas sehingga terpaksa dirawat 16 hari di hospital menyedarkan beliau betapa pentingnya suntikan vaksin. Justeru, beliau menasihatkan orang ramai khususnya yang berusia 60 tahun ke atas agar tidak perlu risau dengan vaksin yang dibekalkan kerana ia tidak … The post Mufti Kelantan nasihat warga emas jangan risau terima suntikan vaksin appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/RybFCy

2.7 tan lobak merah dari China dirampas

Imej
JOHOR BAHRU, 15 Ramadan 1442H, Selasa – Sebanyak 2.7 tan lobak merah dari China dirampas Jabatan Perkidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) di Pelabuhan Tanjung Pelepas, semalam. Pengarah MAQIS Johor, Hizzuan Hasim berkata, rampasan dilakukan selepas pemeriksaan rutin dijalankan pegawai penguat kuasa MAQIS pada jam 9.30 pagi. Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati maklumat label lobak … The post 2.7 tan lobak merah dari China dirampas appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/RyXQ3Z

Kalimah Allah 2.0: PEMBELA sedia bantu MAIS

Imej
BANGI, 15 Ramadan 1442H, Selasa – Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) sedia bekerjasama dengan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) berhubung isu kalimah Allah 2.0. Gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam itu juga sekali lagi menyatakan kesediaan untuk membantu pihak MAIS dalam segala aspek terutamanya pasukan peguam dan kajian dalam isu berkenaan. Ini kerana MAIS paling banyak … The post Kalimah Allah 2.0: PEMBELA sedia bantu MAIS appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/RyXQ1Q

PM Thailand didenda tak pakai pelitup muka

Imej
BANGKOK, 14 Ramadan 1442H, Isnin – Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-ocha hari ini didenda 6,000 baht (RM782) kerana melanggar langkah pencegahan COVID-19 apabila tidak memakai pelitup muka.  Gabenor Bangkok, Aswin Kwanmuang berkata, tindakan itu diambil setelah gambar Prayuth muncul di laman Facebook, yang menunjukkan dia tidak memakai pelitup muka dalam satu pertemuan.   Foto itu … The post PM Thailand didenda tak pakai pelitup muka appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/RyWNjk

Pakar Sejarah tempelak Dong Jiao Zong asyik timbulkan isu perkauman

Imej
BANGI, 14 Ramadan 1442H, Isnin – Tindakan Dong Zong dan Jiao Zong (Dong Jiao Zong) mempertikaikan isu kandungan buku teks mata pelajaran Sejarah sekolah menengah jelas membuktikan pertubuhan itu tidak mahu menerima sejarah Malaysia. Bahkan, tindakan pertubukan radikal itu menggesa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyemak semula kandungan buku teks tersebut seolah-olah menunjukkan mereka mempunyai agenda … The post Pakar Sejarah tempelak Dong Jiao Zong asyik timbulkan isu perkauman appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/RySdJF

Komik ‘Superman Hew’ kekal diharamkan

Imej
KUALA LUMPUR, 14 Ramadan 1442H, Isnin – Pengharaman buku komik kontroversial ‘Inisiatif Jalur & Jalan Meraih Manfaat Bersama’, yang ditulis bekas ahli DAP, Dr Hew Kuan Yau atau lebih dikenali sebagai “Superman Hew”, kekal. Ini setelah Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Noorin Badaruddin menolak permohonan Hew untuk semakan kehakiman bagi mencabar pengharaman buku tersebut. Dalam penghakimannya, … The post Komik ‘Superman Hew’ kekal diharamkan appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/RySdD6

53 anak kapal selam KRI Nanggala 402 terkorban: Panglima TNI

Imej
JAKARTA, 13 Ramadan 1442H, Ahad – Panglima Tentera Indonesia (TNI) Hadi Tjahjanto hari ini mengumumkan semua kru kapal selam KRI Nanggala-402 telah terkorban. “Seramai 53 personnel yang onboard KRI Nanggala-402 telah gugur, berdasarkan bukti-bukti ‘authentic’ itu, dapat dinyatakan bahwa KRI Nanggala 402 telah tenggelam,” katanya dalam sidang akhbar yang disiarkan secara langsung menerusi siaran televisyen … The post 53 anak kapal selam KRI Nanggala 402 terkorban: Panglima TNI appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/RyRbYZ

Menteri kata kerajaan ada cara tangani kluster pendidikan

BATU GAJAH, 13 Ramadan 1442H, Ahad – Kerajaan mempunyai cara tersendiri dalam menangani kluster pendidikan di beberapa negeri yang semakin membimbangkan ibu bapa ketika ini, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun. Beliau berkata, pihak terbabit seperti Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pastinya akan mengambil prosedur operasi standard (SOP) yang lebih … The post Menteri kata kerajaan ada cara tangani kluster pendidikan appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/RyPS20

Perkukuhkan kualiti institusi kekeluargaan

Imej
BERITA yang menyedihkan dan menyentuh hati. Seorang kanak kanak berusia tiga tahun disahkan positif dadah jenis Amfatemina dan Methapetamina. Alangkah malangnya bagi anak kecil berusia tiga tahun sudah didedahkan dengan najis dadah seawal usia. Apabila disiasat, kejadian ini berlaku semasa mangsa dijaga oleh bapa tirinya yang berusia 38 tahun.  Sekiranya kes ini melibatkan seorang dewasa, … The post Perkukuhkan kualiti institusi kekeluargaan appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/RyPRz3

Peniaga naikkan harga jualan, tak patuh AKHAP boleh didakwa

Imej
PUTRAJAYA, 12 Ramadan 1442H, Sabtu – Peniaga yang menaikkan harga barangan jualan tanpa mematuhi perundangan pencatutan boleh didakwa melakukan kesalahan mencatut di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata pihaknya memandang serius situasi harga barangan keperluan pengguna yang tidak terkawal, … The post Peniaga naikkan harga jualan, tak patuh AKHAP boleh didakwa appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/RyNls0

Mesyuarat MKT esok, keputusan ekstrem rugikan UMNO dalam PRU15

Imej
BANGI, 12 Ramadan 1442H, Sabtu – UMNO perlu memikirkan situasi menang-menang bersama rakyat yang terjejas akibat pandemik COVID-19. Perkara itu lebih baik berbanding tindakan terburu-buru mahu memutuskan hubungan bersama Perikatan Nasional (PN). “Tindakan keluar PN (Perikatan Nasional) hanya memburukkan lagi keadaan. Percayalah lebih banyak manfaat yang UMNO dapat bila berada dalam kerajaan berbanding sebaliknya,” kata … The post Mesyuarat MKT esok, keputusan ekstrem rugikan UMNO dalam PRU15 appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/RyLglV

495,750 individu lengkap 2 dos vaksin COVID-19

Imej
KUALA LUMPUR, 12 Ramadan 1442H, Sabtu – Sebanyak 495,750 individu sudah melengkapkan dua dos suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan setakat semalam, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba. Beliau berkata bagi tempoh sama, 783,987 individu telah menerima dos pertama menjadikan keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua vaksin COVID-19 di negara ini berjumlah … The post 495,750 individu lengkap 2 dos vaksin COVID-19 appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/RyLgkM

Pengerusi PEMBELA difitnah tak lagi sokong kempen BMF

Imej
BANGI, 11 Ramadan 1442H, Jumaat – Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Haji Aminuddin Yahaya menegaskan beliau sentiasa konsisten memperjuangkan kempen Beli Produk Muslim atau Buy Muslim First (BMF) yang diusahakan sejak 2019. Mantan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) itu meluahkan rasa kesal, apabila terdapat pihak menyalahgunakan gambarnya dan mengelirukan orang ramai bahawa beliau kini tidak … The post Pengerusi PEMBELA difitnah tak lagi sokong kempen BMF appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/RyKws4

Akta menghendap tak boleh bertentangan dengan ‘tajassus dalam Islam’

Imej
Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin BANGI, 11 Ramadan 1442H, Jumaat – Kerajaan perlu memastikan akta larangan menghendap yang disyorkan beberapa pihak tidak bertentangan dengan tajassus yang dibenarkan dalam Islam, serta tidak dijadikan alasan pihak berkepentingan untuk menolak perundangan syariah sedia ada. Ketua Pemudi BERJASA, Nor Azliza Rajiain berkata, menghendap atau ‘tajassus’ di dalam Bahasa Arab … The post Akta menghendap tak boleh bertentangan dengan ‘tajassus dalam Islam’ appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/RyHC7N

‘Dulu Melayu dipancing guna songkok, kini agih zakat pula’

Imej
Oleh Athirah Huda Zalhe BANGI, 11 Ramadan 1442H, Jumaat – Orang Melayu patut sedar diri dan tidak mudah terpancing dengan slogan perpaduan dan keharmonian terutama daripada ahli politik bukan Islam. Atas sebab itu, menjemput pemimpin non muslim terutamanya wakil rakyat untuk menyampaikan agihan zakat, adalah gambaran terhegeh-hegeh yang melampau orang Melayu. Presiden BERJASA, Ustaz Haji … The post ‘Dulu Melayu dipancing guna songkok, kini agih zakat pula’ appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/RyHC3h

Pengganas Israel tangkap 26 wartawan Palestin

Imej
GAZA, 10 Ramadan 1442H, Khamis – Seramai 26 wartawan Palestin kini ditahan oleh negara haram Israel kerana menyiarkan berita di media sosial. Pejabat media Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) menyifatkan perkara itu sebagai serangan paling keji dilakukan oleh Israel ke atas wartawan dan pengamal media Palestin. Jurucakap Hamas berkata, para wartawan bukan sahaja diganggu, malah … The post Pengganas Israel tangkap 26 wartawan Palestin appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/RyG8v5

Kes puasa: Majikan, pembantu peribadi mengaku tak bersalah

Imej
KLANG,  10 Ramadan 1442H,  Khamis – Dua lelaki terdiri daripada majikan, Chung Chee Yang dan pembantu peribadinya, Choo Hin Voon, yang masing-masing menghadapi lima dan dua pertuduhan berkaitan kes pukul dua pengawal peribadi, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Klang hari ini. Chung dan Choo, masing-masing berusia 43 tahun, memohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di … The post Kes puasa: Majikan, pembantu peribadi mengaku tak bersalah appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/RyCDCD

Mengapa sesebuah negara bangsa gagal?

Imej
1) IA bukan disebabkan faktor geografi, cuaca atau budaya. Bukan juga disebabkan sikap tidak ambil tahu dan kesediaan menerima teknologi baharu 2) Salah satu contoh mudah untuk menafikan peranan geografi, cuaca dan budaya ialah dengan melihat kemajuan pantas yang berjaya dicapai negara Botswana, sedangkan negara-negara Afrika lain di sekitarnya masih terus miskin dan tertindas. 3) … The post Mengapa sesebuah negara bangsa gagal? appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/RyCD4B

Tak pakai pelitup muka, 6 pelajar diberikan pengurangan kompaun

Imej
IPOH, 9 Ramadan 1442H, Rabu – Enam pelajar Kolej Matrikulasi Perak yang dikompaun RM1,500 kerana tidak memakai pelitup muka dua hari lepas, telah diberikan pengurangan kompaun, demikian menurut Pengarah Kesihatan Negeri Perak Datuk Dr. Ding Lay Ming. Beliau berkata dalam satu pertemuan dengan pihak pengurusan kolej dan pelajar di Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran semalam, kesemua … The post Tak pakai pelitup muka, 6 pelajar diberikan pengurangan kompaun appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/RyB97p

SPRM nafi keluar kenyataan tak benar, tohmahan kait SPA

Imej
BANGI, 9 Ramadan 1442H, Rabu – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM mengeluarkan kenyataan tidak benar, mengelirukan dan berbentuk tohmahan seperti dinyatakan menerusi kenyataan media Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA), semalam. Dalam satu kenyataan hari ini, suruhanjaya itu menegaskan bahawa kenyataan Datuk Seri Shamshun Baharin Mohd Jamil berkaitan isu pelantikan … The post SPRM nafi keluar kenyataan tak benar, tohmahan kait SPA appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/Ry7Bsp

25 individu babit iklan judi hari raya ditahan

Imej
KUALA LUMPUR, 9 Ramadan 1442H, Rabu – Seramai 25 individu ditahan bagi membantu siasatan berhubung empat video iklan yang mempromosikan aktiviti perjudian dengan menggunakan tema hari raya. Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, seramai 13 individu telah ditahan selepas dipercayai terbabit bagi video pertama manakala untuk video kedua, enam individu … The post 25 individu babit iklan judi hari raya ditahan appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/Ry7Bhs

Negara bergolak Yaman mulakan kempen vaksin COVID-19

Imej
ADEN, 9 Ramadan 1442H, Rabu – Yaman melancarkan kempen vaksin di kawasan yang dikuasai kerajaan, tiga minggu selepas penghantaran pertama dari kemudahan perkongsian vaksin global COVAX tiba di negara yang dilanda perang itu. Pada 31 Mac lalu, negara itu menerima 360,000 dos vaksin AstraZeneca, sebahagian daripada konsainan dari COVAX yang dijangkakan berjumlah 1.9 juta dos … The post Negara bergolak Yaman mulakan kempen vaksin COVID-19 appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/Ry68Cs

Ekonomi terus meleset jika hutang negara bertambah

Imej
Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin BANGI, 8 Ramadan 1442H, Selasa – Sekiranya kadar hutang negara terus meningkat dengan lebih cepat daripada pertumbuhan ekonomi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), ia bakal mencetuskan kebimbangan. Meskipun ketika ini hutang negara masih rendah sekitar had 60 peratus yang diluluskan Parlimen, namun Malaysia tidak boleh berterusan mengambil hutang dengan kadar … The post Ekonomi terus meleset jika hutang negara bertambah appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/Ry3BQX

Pembinaan SJKC Too Joon Hing bukti parti ‘gajah’ takut MCA

Imej
BANGI, 8 Ramadan 1442H, Selasa – Demi maslahah umum dan kepentingan bersama, kesilapan pemimpin dahulu memberi laluan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) selepas merdeka mesti ditamatkan. Ini kerana, ianya bukan sahaja bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, malah membantutkan hasrat kerajaan untuk membina perpaduan kaum di negara ini. Atas dasar itu, Presiden Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA), … The post Pembinaan SJKC Too Joon Hing bukti parti ‘gajah’ takut MCA appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/Ry3BFq

Cadangan perakuan bersama sijil sah vaksinasi dengan Australia

Imej
  KUALA LUMPUR, 7 Ramadan 1442H, Isnin – Malaysia mencadangkan kepada Australia supaya bekerjasama mewujudkan Perakuan Bersama Sijil Pengesahan Vaksinasi untuk membolehkan perjalanan dan memulihkan proses rentas sempadan selepas kedua-dua negara terjejas akibat pandemik COVID-19. Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, langkah itu penting memandangkan lebih 19,000 penuntut Malaysia sedang menunggu untuk kembali … The post Cadangan perakuan bersama sijil sah vaksinasi dengan Australia appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/Ry27n7

Malaysia perlu teruskan vaksinasi COVID-19

Imej
PENINGKATAN kes harian COVID-19 di Malaysia dalam seminggu lepas telah menimbulkan polemik baru dalam pengurusan pandemik penyakit ini di Malaysia. Jika sebelum ini trend kes harian sedang menurun namun ia kembali menaik bermula 8 April dengan 1854 kes sehingga mencecah 2148 kes pada 15 April dalam hanya tempoh seminggu. Pelbagai tanggapan telah ditimbulkan dari pihak … The post Malaysia perlu teruskan vaksinasi COVID-19 appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/RxzGcT

Timbalan Menteri Pendidikan II pertahan pembinaan SJKC baru di Kinrara

Imej
BANGI, 7 Ramadan 1442H, Isnin – Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Dr Mah Hang Soon membidas pihak yang mempertikaikan pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Too Joon Hing, dengan menegaskan supaya isu itu tidak dipolitikkan. Terdahulu, penduduk Bandar Kinrara membantah pembinaan SJKC berkenaan, atas faktor bilangan SJKC sudah cukup banyak, berbanding sekolah kebangsaan. Bantahan turut disertai … The post Timbalan Menteri Pendidikan II pertahan pembinaan SJKC baru di Kinrara appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/RxzGZX

Lelaki langgar polis direman 7 hari

Imej
GEORGE TOWN, 6 Ramadan 1442H, Ahad – Lelaki yang melanggar Konstabel Muhammad Iqbal Mazlan sehingga menyebabkan kematian anggota polis itu dalam kejadian awal pagi semalam, direman selama tujuh hari hingga 24 April ini bagi membantu siasatan. Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Soffian Santong berkata, perintah reman itu dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret George Town hari … The post Lelaki langgar polis direman 7 hari appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/RxyG0D

Seorang lagi direman bantu siasatan kes ‘belasah’ pekerja berpuasa

Imej
KLANG, 6 Ramadan 1442H, Ahad – Seorang lagi individu direman bagi membantu siasatan kes pukul dua pengawal peribadi oleh majikan kerana berpuasa. Perintah reman terhadap suspek berumur 44 tahun itu dikeluarkan Majistret Nur Atikah Zakaria di Mahkamah Majistret di sini hari ini. Suspek iaitu majikan yang disyaki memukul dua pengawal peribadi itu direman lima hari … The post Seorang lagi direman bantu siasatan kes ‘belasah’ pekerja berpuasa appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/Rxw53v

Bekas guru kongsi pengalaman dadah musnahkan hidupnya

Imej
BESUT, 6 Ramadan 1442H, Ahad – “Saya hendak kongsi pengalaman.. saya merupakan guru yang pernah buat salah, kalau boleh kembali ke masa lalu, saya akan ulang plot cerita ini dan jangan sentuh dadah biarpun untuk mencuba buat kali pertama,” kata Rahman, 50, (bukan nama sebenar) bekas guru matematik yang pernah terjebak dengan gejala dadah. Katanya, … The post Bekas guru kongsi pengalaman dadah musnahkan hidupnya appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/Rxw51y

Polis cari Loh Kee Hoe, dalang pembikinan 2 video promosi judi

Imej
KUALA LUMPUR, 5 Ramadan 1442H, Sabtu – Polis sedang mengesan seorang lelaki yang dipercayai dalang sebenar pembikinan dua video Hari Raya Aidilfitri, yang mempromosi iklan perjudian secara dalam talian. Lelaki yang kini dicari polis itu dikenali sebagai Loh Kee Hoe, 35, dan beralamat di Kuala Lumpur dan dia dikehendaki bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 504 … The post Polis cari Loh Kee Hoe, dalang pembikinan 2 video promosi judi appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/RxvPpl

Serbuan gempur ‘Geng Nicky’ dibuat ikut SOP PDRM

Imej
JOHOR BAHRU, 5 Ramadan 1442H, Sabtu – Polis Diraja Malaysia hari ini menegaskan serbuan Ops Pelican 3.0 yang dilakukan di Trigon Residence Setiawalk, Puchong, Selangor pada 20 dan 21 Mac lepas bagi menggempur kumpulan jenayah terancang ‘Geng Nicky’, dijalankan mengikut prosedur operasi standard pasukan. Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata semasa serbuan … The post Serbuan gempur ‘Geng Nicky’ dibuat ikut SOP PDRM appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/RxsJzS

Hormati hak kebebasan beragama serta jauhi perjudis

Imej
KUALA LUMPUR, 5 Ramadan 1442H, Sabtu – Sejak kebelakangan ini pelbagai kisah dan komentar meresahkan yang menyentuh soal sensitiviti agama dan perbezaan kaum, dilihat banyak ‘diperkatakan’ di banyak platform media. Sayugia diingatkan betapa ‘harga yang mahal’ perlu dibayar oleh sesebuah negara berbilang kaum seandainya keharmonian dan persefahaman antara masyarakat gagal dicapai, apabila amalan bertolak ansur … The post Hormati hak kebebasan beragama serta jauhi perjudis appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/RxsJt2

Isu balak di Lenggeng, kerajaan N. Sembilan serah kepada SPRM

Imej
SEREMBAN, 4 Ramadan 1442H, Jumaat – Kerajaan Negeri Sembilan menyerahkan siasatan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu tender projek pembalakan di Lenggeng, dekat sini yang didakwa tidak mengikut prosedur. Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun dalam kenyataan hari ini berkata pihaknya tidak berkompromi mengenai hal tersebut dan akan sentiasa memberi kerjasama kepada SPRM. … The post Isu balak di Lenggeng, kerajaan N. Sembilan serah kepada SPRM appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/Rxrbwh

Teman Malaysia rayu sumbangan bantu warga emas Al-Fattah

Imej
Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar BANGI, 4 Ramadan 1442H, Jumaat – Bak kata pepatah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Melihat sendiri kepayahan pengasas Pertubuhan Kebajikan Warga Emas (PKWE) Al-Fattah, Mohammad Azlan Abdul Rahman menanggung kos operasi pertubuhan itu, Teman Malaysia melancarkan kempen ‘Ramadan 2021 Challenge‘ bagi membantu golongan warga emas yang memerlukan. Sebelum ini, … The post Teman Malaysia rayu sumbangan bantu warga emas Al-Fattah appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/RxnxHZ

Syarikat judi cetus provokasi, kekang sebelum jadi norma

Imej
BANGI, 4 Ramadan 1442H, Jumaat – Provokasi sensitiviti umat Islam sekali lagi menjadi mainan  pihak tidak bertanggungjawab yang bersikap gelojoh dalam mencari keuntungan semata-mata. Terdahulu, tular klip video mengajak orang ramai meraih keuntungan berganda melalui aplikasi judi, sambil menggunakan lagu berlatar belakang sambutan Aidilfitri. Video itu seolah-olah mengajak umat Islam berjudi melalui perkhidmatan mereka bagi … The post Syarikat judi cetus provokasi, kekang sebelum jadi norma appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/Rxnx8P

Syarikat judi lancar lagu raya promosi perkhidmatan?

Imej
BANGI, 3 Ramadan 1442H, Khamis – Belum reda isu pengawal peribadi dipukul kerana berpuasa, kesabaran umat Islam di negara ini diuji sekali lagi melalui iklan hari raya oleh sebuah syarikat perjudian terkenal. Syarikat berkenaan melalui video bertemakan Hari Raya Aidilfitri mengajak orang ramai menggunakan perkhidmatan mereka bagi meraih wang berganda. Lebih mengejutkan, iklan menggunakan khidmat … The post Syarikat judi lancar lagu raya promosi perkhidmatan? appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/Rxmy9m

Belasah pekerja muslim: Mana respon SUHAKAM, MCCBCHST?

Imej
TINDAKAN pantas dari Polis Diraja Malaysia ( PDRM ) menahan empat individu yang bukan sahaja membelasah pekerja tetapi pada masa yang sama menghina agama Islam wajar dipuji. Apabila saya mendapat berita ini, saya juga berasa geram dan marah akan kata-kata yang diungkapkan majikan andai apa yang ditulis di dalam laporan polis itu adalah benar. Secara … The post Belasah pekerja muslim: Mana respon SUHAKAM, MCCBCHST? appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/Rxk3Rz

KKM cadang pergerakan rentas negeri sambut Aidilfitri ditangguh

Imej
PUTRAJAYA,  3 Ramadan 1442H, Khamis – Kementerian Kesihatan (KKM) mencadangkan pergerakan rentas negeri bagi sambutan Aidilfitri tahun ini ditangguhkan susulan situasi penularan pandemik COVID-19 masih membimbangkan ketika ini. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, ini berikutan rungutan serta rayuan pelbagai pihak agar kerajaan menangguhkan kebenaran pergerakan berkenaan. “Sepertimana kita sedia maklum, kebanyakan negeri … The post KKM cadang pergerakan rentas negeri sambut Aidilfitri ditangguh appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/Rxk3M9

SOP bazar: KKM beri PBT kuasa kompaun kesalahan bawah Akta 342

Imej
KUALA LUMPUR, 2 Ramadan 1442H, Rabu – Masuk hari kedua berpuasa, ketidakpatuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) bazar Ramadan menimbulkan kekhuatiran pelbagai pihak, apabila dibimbangi akan mencetuskan kluster baharu COVID-19. Semalam, netizen dalam media sosial mula berkongsi gambar dan video menunjukkan pengunjung bazar Ramadan bersesak-sesak, dan tidak mematuhi penjarakan fizikal ketika membeli juadah untuk berbuka … The post SOP bazar: KKM beri PBT kuasa kompaun kesalahan bawah Akta 342 appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/Rxj3N9

Kemungkinan lebih ramai pegawai, anggota babit Geng Nicky

Imej
JOHOR BAHRU, 2 Ramadan 1442H, Rabu – Polis Johor tidak menolak kemungkinan terdapat lebih ramai pegawai dan anggota polis yang bersekongkol dengan kumpulan jenayah terancang Geng Nicky, dipercayai diketuai ahli perniagaan dalam buruan, Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee. Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, ia susulan dari soal siasat dan laporan … The post Kemungkinan lebih ramai pegawai, anggota babit Geng Nicky appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/Rxf0yc

PDRM turun padang pantau bazar Ramadan

Imej
BANGI, 2 Ramadan 1442H, Rabu – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memantau lokasi bazar Ramadan bagi memastikan orang ramai mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, tindakan tegas juga akan diambil kepada mana-mana individu yang gagal mematuhi SOP ditetapkan. Justeru, beliau menasihati orang ramai supaya mematuhi … The post PDRM turun padang pantau bazar Ramadan appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/Rxf0vk

Suntikan vaksin COVID-19 tak batalkan puasa

Imej
ANKARA, 1 Ramadan 1442H, Selasa – Suntikan vaksin termasuk imunisasi COVID-19 ke dalam tubuh manusia tidak membatalkan ibadah puasa. Majlis Tinggi Hal Ehwal Agama dalam satu kenyataan berkata, fatwa berkenaan adalah seperti dikeluarkan oleh Presiden Urusan Agama Turki pada tahun 2005. Fatwa sama menyatakan, vaksin yang tidak mengandungi bahan berkhasiat atau memabukkan adalah tidak membatalkan … The post Suntikan vaksin COVID-19 tak batalkan puasa appeared first on ismaweb. http://dlvr.it/Rxcytm