Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2015

Harga minyak naik 10 sen

Imej
BANGI, Rabu – Harga minyak petrol RON95, RON97 dan diesel dijangka naik 10 sen berkuatkuasa selepas tengah malam ini. Menurut beberapa sumber, harga baru bagi RON95 ialah RM2.05 seliter, manakala RON97 meningkat kepada RM2.45 seliter. Harga diesel pula dianggarkan naik dari RM1.80 kepada RM1.90 seliter, lapor Oriental Daily. Harga RON95 dan RON75 sekarang ialah masing RM1.95 seliter dan RM 2.35 seliter. Sumber

Kedah guna pendekatan tidak rasmi bawa balik bunga emas Kesultanan Kedah daripada Thailand

Imej
ALOR SETAR, Rabu – Kerajaan negeri Kedah akan menggunakan pendekatan tidak rasmi untuk membawa balik sebahagian daripada Bunga Emas dan Bunga Perak yang diberikan oleh Kesultanan Kedah kepada kerajaan diraja Siam suatu ketika dahulu. Pengerusi Jawatankuasa Agama, Hal Ehwal Masyarakat Siam, Kerja Raya, Pelancongan dan Warisan Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid berkata, 27 Bunga Emas dan Bunga Perak pemberian Kesultanan Kedah itu berada di Thailand ketika ini. “Kita akan terus menggunakan pendekatan tidak rasmi dalam permohonan untuk mendapatkan kembali Bunga Emas dan Bunga Perak diberikan Kesultanan Kedah itu,” katanya dalam sidang media berhubung penganjuran seminar antarabangsa Kedah-Siam pada 5 dan 6 Okt, di sini hari ini. Kerajaan negeri, katanya, tidak pernah mengemukakan permintaan secara formal untuk mendapatkan kembali barangan bersejarah itu sehingga kini kerana berpendapat saluran tidak rasmi merupakan jalan terbaik. Menurut Mohd Rawi, permohonan mendapatkan sebahagian Bunga Ema

Fenomena penyelinapan agenda DAPisme dalam penubuhan parti politik baru

Imej
Deutsche Arbeiterpartei (DAP) merupakan nama bagi Parti Pekerja Jerman yang mengawali penubuhan Parti Nazi Hitler. Hitler menjadi anggota kepada parti ini pada tahun 1919. Parti tersebut diasaskan pada 5 Januari 1919 di sebuah hotel bernama “Fürstenfelder Hof”. Democratic Action Party (DAP) Malaysia ditubuhkan pada 11 Oktober 1965 sebagai satu pecahan daripada People’s Action Party (PAP) Singapura. Menurut Wikipedia, parti DAP ini mempelopori gagasan sosialisme demokrasi, demokrasi sosial dan sekularisme. (Nota: perkataan “sekularisme” telah ditiadakan di dalam laman web rasmi DAP)”. DAP juga merupakan ahli kepada Socialist International yang berorientasikan ideologi Sosialisme. Parti Pekerja-Pekerja Malaysia (Malaysian Workers’ Party) merupakan parti politik berhaluan kiri yang memperjuangkan Sosialisme. Parti ini diasaskan oleh Ganga Nayar pada bulan Januari 1978. Parti tersebut telah bertanding di dalam Pilihan Raya Umum tahun 1978 dalam Parlimen dan DUN Sungai Besi, tetapi calo

‘Tindakan Saifuddin hadir majlis pembangkang tak salah’

Imej
BANGI, Rabu – Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas menyifatkan tindakan Datuk Saifuddin Abdullah menghadiri meja bulat penubuhan pembangkang baharu, Pakatan Harapan, minggu lalu bukan satu kesalahan. Beliau berkata, ia akan menjadi salah jika Saifuddin hadir dan kemudian mengutuk Umno, namun ia tidak berlaku. “Kalau setakat nak hadir dalam acara pembangkang saya rasa tidak ada masalah. Biasalah itu. Tapi kalau dia hadir, kemudian aktif kutuk Umno, itu lain cerita. “Kalau hanya hadir, tidak ada apalah. Kita pun nak dengar juga apa fakta, peranan dan hujah pembangkang di sana,” katanya. Terdahulu, bekas timbalan menteri itu hadir ke persidangan meja bulat pembentukan pembangkang atas kapasiti sebagai pengerusi Akademi Belia. Berikutan itu, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Saifuddin kerana menyifatkan kehadirannya ke persidangan berkenaan sebagai satu kesalahan dan mencemarkan imej par

Sistem kewangan kukuh, kita tak perlu tambat ringgit: Zeti

Imej
KUALA LUMPUR, Rabu – Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz berkata, Malaysia mempunyai sistem kewangan yang kukuh dan sistem pasaran yang boleh berubah. Katanya, penurunan berterusan nilai ringgit disebabkan banyak faktor yang berlaku dalam persekitaran global. Memberitahu bahawa Bank Negara Malaysia adalah tempat untuk memastikan pasaran akan kekal teratur, beliau berkata, negara perlu bertahan dalam keadaan kejatuhan nilai ringgit itu. “Bagi persekitaran dalam negeri, kita perlu untuk menyelesaikan semua kelemahan yang ada bagi memberi keyakinan kepada rakyat Malaysia dan bukan rakyat Malaysia yang mengambil bahagian dalam sistem kewangan dan ekonomi negara. “Kami mempunyai sistem kewangan yang kukuh dan kami telah menetapkan dasar-dasar asas ekonomi kita yang masih kukuh,” katanya selepas menyampaikan ucapan khas pada Simposium Global Peringkat Tertinggi Malaysia-OECD mengenai kesejahteraan kewangan, di sini, hari ini. Beliau enggan membuat spekulasi sama ada ri

Duta China: Presiden Isma desak Hishammuddin semak balik kenyataan

Imej
Oleh Athirah Huda Zalhe BANGI, Rabu – Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman mendesak Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein supaya menyemak semula kenyataannya yang menyifatkan kenyataan Duta China ke Malaysia sebagai tidak menjejaskan keselamatan dan pertahanan negara. Beliau berkata, apa yang dikatakan menteri pertahanan tersebut adalah kurang tepat kerana kenyataan Dr Huang Huikang jelas berbaur ancaman. “Kenyataan Hishammuddin kurang tepat. Ini kerana kenyataan Huang jelas berbaur ancaman,” katanya kepada Ismaweb, hari ini. Sebelum ini, Duta Besar China, Dr Huang Huikang memberi amaran kepada mana-mana pihak agar tidak mengganggu peniaga Cina di Petaling Street dan kepentingan mereka di negara ini. The Star sebelum ini melaporkan Huang juga memberi amaran kepada sesiapa yang menggunakan kekerasan untuk mengganggu keamanan awam di negara ini, yang merujuk kepada keamanan peniaga Cina di Jalan Petaling. Ketika melaku

Larangan guna pembesar suara di masjid kecuali Azan akan diwarta di Pulau Pinang

Imej
GEORGE TOWN, Rabu — Keputusan larangan menggunakan pembesar suara di luar masjid dan surau kecuali untuk azan dan iqamah di Pulau Pinang akan diwartakan tidak lama lagi. Perkara itu dinyatakan melalui surat Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang bertarikh 1 Sept lepas berhubung keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang bertarikh 1 dan 2 Julai dan disahkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang pada 23 dan 24 Ogos lepas. Surat yang memetik cabutan minit Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang itu menyebut bahawa mesyuarat bersetuju agar Irsyad hukum yang diputuskan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri bertarikh 7 April 2011 mengenai larangan membaca Al-Quran sebelum Subuh dengan menggunakan pembesar suara di luar masjid dan surau perlu ditambah baik dengan memasukkan larangan menggunakan pembesar suara di luar masjid dan surau bagi semua program seperti qiamulail, tahajud, kuliah, mesyuarat dan seumpamanya. Penggunaan pembesar suara dalama

Jerebu: Sekolah kembali dibuka esok

Imej
PUTRAJAYA, Rabu – Kementerian Pendidikan mengarahkan semua sekolah di seluruh negara termasuk Johor yang ditutup hari ini akibat keadaan jerebu yang teruk, dibuka semula esok.   Menurut kenyataan kementerian itu hari ini, sekolah perlu beroperasi seperti biasa kerana Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang dipantau sehingga 4 petang ini mendapati hampir semua kawasan menunjukkan penurunan bacaan.   Walaupun berlaku sedikit peningkatan bacaan IPU di sesetengah kawasan, namun ia masih berstatus sederhana dan tidak sihat dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di tempat tertutup iaitu dalam bilik darjah boleh dilaksanakan.   “Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah di seluruh negara hendaklah terus memantau maklumat bacaan IPU yang dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh pihak berwajib,” kata kenyataan itu.   Jika berlaku perubahan bacaan IPU, pihak berkenaan boleh mengambil tindakan di peringkat masing-masing seperti yang telah ditetapkan oleh kementerian.   Berdasar

Dewan Diraja Selangor nafi Raja Muda menukar agama

Imej
SHAH ALAM, Rabu – Dewan Diraja Selangor hari ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan kononnya Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah telah menukar agama. Setiausaha Dewan Diraja Selangor, Hanafisah Jais berkata kenyataan tidak bertanggungjawab yang dimuat naik di akaun laman sosial bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik baru-baru ini adalah satu fitnah dan tohmahan semata-mata. Beliau berkata kenyataan Abdul Rahim yang mengatakan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah akan bertemu Pope (Ketua Gereja Roman Katolik) di Vatican City juga adalah satu pembohongan yang tidak sepatutnya dikeluarkan ahli politik itu. Hanafisah menyifatkan tindakan Abdul Rahim sebagai berniat jahat dan sengaja dilakukan bagi mencemar dan mempersoal akidah Tengku Amir malah beliau secara langsung mendakwa kononnya baginda telah murtad. “Dewan Di­raja Selangor berpendapat dan merumuskan bahawa kenyataan tersebut berbaur hasutan dan mempunyai unsur­-unsur fitnah yang boleh membangkitka

Tiada kes manusia positif Rabies di negara ini: Dr Hilmi

Imej
BUTTERWORTH, Rabu – Malaysia tidak mempunyai kes manusia yang positif jangkitan Penyakit Anjing Gila atau Rabies sebaliknya hanya kes anjing yang diuji positif rabies. Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata kebanyakan persepsi umum telah silap kerana setakat ini Malaysia belum mencatatkan kes manusia yang positif rabies. Beliau berkata sejak 14 Sept sehingga hari ini, Pulau Pinang mencatat 92 kes gigitan anjing dan tiga daripada anjing itu berjaya ditangkap dan positif rabies selepas diuji. “Tiada kes manusia yang positif rabies di seluruh negera dan setakat hari ini, 13 kes dilaporkan di Kedah, Perlis dan Pulau Pinang di mana anjing yang diuji positif rabies,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Saintifik Tahunan ke-17 sempena sambutan jubli Perak Persatuan Perubatan Islam Malaysia ke-25 di sini hari ini. Beliau berkata Malaysia mempunyai vaksin dan serum immunoglobulin yang mencukupi untuk manusia. Menurut data Jabatan Perkhidmatan Vet

Ringgit meningkat semula selepas rendah dua hari

Imej
Oleh S. Joan Santani KUALA LUMPUR, Rabu – Ringgit kembali ditutup tinggi berbanding dolar US hari ini selepas penyusutan dua hari berturut-turut, berikutan sentimen positif susulan laporan bahawa Malaysia meningkat dua anak tangga kepada kedudukan ke-18 daripada 140 ekonomi dalam daya saing global. Pada 5 petang, ringgit disebut harga pada 4.3935/3975 berbanding dolar daripada 4.4540/4590 pada Selasa. Seorang peniaga memberitahu Bernama bahawa laporan itu mengangkat Malaysia, dengan daya saing negara telah meningkat dan sekali gus membantu meningkatkan sentimen pasaran. Selain ringgit, mata wang pesat membangun serantau turut kukuh hari ini walaupun Rizab Persekutuan US menangguhkan kenaikan kadar faedah pada September, dengan kemungkinan peningkatan itu akan dibuat lewat tahun ini. Semalam, mata wang tempatan mencecah 4.4770 berbanding dolar, paras terendah sejak Januari 1998 semasa krisis kewangan Asia. Ringgit juga diniagakan tinggi berbanding mata wang utama lain. Ia menguk

Perhimpunan 40 NGO Jumaat ini bantah pencerobohan Masjid Al-Aqsa

Imej
KUALA LUMPUR, Rabu – Ribuan anggota daripada lebih 40 pertubuhan bukan kerajaan akan berhimpun di hadapan kedutaan Amerika Syarikat di sini Jumaat ini bagi membantah pencerobohan rejim Israel terhadap masjid suci Al-Aqsa di Baitulmaqdis. Perhimpunan aman itu, yang dinamakan ‘Hari Kemarahan’, akan diadakan selepas solat Jumaat, menurut jurucakap Sekretariat Kempen Selamatkan Al-Quds, Mohamad Raimi Ab Rahim. Mohamad Raimi, yang juga Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia, berkata pada perhimpunan itu, pihaknya juga akan menyerahkan memorandum bantahan kepada kedutaan Amerika Syarikat, sekutu kuat Israel. “Kita telah memaklumkan kepada pihak kedutaan mengenai perhimpunan aman itu dan telah membuat permohonan kepada Polis Kuala Lumpur untuk kebenaran menganjurkan perhimpunan itu. Setakat ini semuanya positif,” katanya dalam sidang media mengenai perhimpunan itu, di pejabatnya di sini, hari ini. Sejak 24 Ogos lalu, Israel melakukan keganasan dan pencerobohan terhadap Masjid Al-Aqsa ter

Saman Anina terhadap Najib: Mahkamah putuskan esok untuk tangguh prosiding

Imej
KUALA LUMPUR, Rabu – Mahkamah Tinggi menetapkan esok sama ada membenarkan ataupun sebaliknya permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menangguhkan prosiding saman yang difailkan bekas anggota UMNO Anina Saadudin berhubung tuntutan pembayaran balik RM2.6 bilion. Presiden UMNO itu memohon pengangguhan tersebut sementara mahkamah mendengar prosiding permohonan beliau dan Setiausaha Kerja UMNO Datuk Ab. Rauf Yusoh, yang turut dinamakan sebagai defendan, untuk mengetepikan writ saman Anina. Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab menetapkan tarikh tersebut di dalam kamar selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak. Peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun yang mewakili Najib dan Ab Rauf memberitahu pemberita, beliau mengemukakan hujah bahawa permohonan Anina wajar ditangguhkan kerana bekas anggota Wanita UMNO Langkawi itu tidak mempunyai locus standi (tidak mempunyai kedudukan di sisi undang-undang) untuk memfailkan saman bagi pihak UMNO. Tambahnya, keahlian Anina telah gugur denga

Kuantan catat kes demam denggi tertinggi di Pahang

Imej
KUANTAN, Rabu – Daerah Kuantan mencatatkan kes demam denggi tertinggi di Pahang, iaitu sebanyak 1,146 kes untuk tempoh Januari hingga 26 Sept lalu. Pengarah Kesihatan Negeri Pahang Dr Zainal Ariffin Omar berkata lima lokaliti tinggi di Kuantan ialah Taman MBSB IM2, Taman Medan Masyur 2, Taman Sungai Isap Fasa 1, Taman Sungai Isap Fasa 3 dan Taman Balok Maju. Beliau menambah daerah lain yang mencatatkan kes demam denggi bagi tempoh sama ialah Temerloh (299), Jerantut (130), Raub (123), Maran (86), Bera (72), Rompin (55), Bentong (21), Lipis (20), Pekan (18) dan Cameron Highlands (1). “Secara keseluruhan, terdapat 1,971 kes demam denggi di Pahang sehingga 26 Sept lalu, meningkat sebanyak 811 kes berbanding tempoh sama pada tahun 2014. “Kes kematian pula sebanyak enam kes berbanding empat kematian pada tempoh sama,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. Dr Zainal Ariffin memaklumkan jabatan kesihatan telah melakukan semburan kabus ke atas 1,142,753 premis dan melakukan pem

Indonesia perlu masa tiga tahun selesai masalah jerebu: Jokowi

Imej
JAKARTA, Rabu – Indonesia memerlukan tempoh tiga tahun untuk menangani kegiatan pembakaran ladang dan hutan di negara itu, sekali gus menyelesaikan masalah jerebu yang melanda negara jiran mereka. Presiden Joko Widodo berkata, masalah pembakaran hutan tidak mungkin dapat diselesaikan dalam masa singkat dan tiga tahun adalah tempoh untuk melihat pencapaian hasil kerja yang dilakukan bagi mengatasi masalah itu. Beliau berkata demikian dalam satu wawancara dengan siaran BBC Indonesia seperti yang dipetik portal berita atas talian tempatan hari ini. Katanya, Indonesia telah melakukan yang terbaik untuk menangani masalah jerebu yang memberi kesan kepada negara jiran terutama Malaysia dan Singapura. Presiden Indonesia yang lebih dikenali sebagai Jokowi itu berkata antara usaha yang sedang dijalankan ialah mengerah 3,700 anggota tentera dan 8,000 polis, serta empat pesawat untuk memadamkan kebakaran. Jokowi berkata, kerajaan juga mengambil tindakan segera membina terusan di tanah ladang

TARBIYYAH: Cari apa dalam telefon pintar?

Imej
Gambar hiasan SAYA memerhatikan seorang anak muda belasan tahun ketika berada di dalam sebuah perpustakaan. Di hadapannya terbentang buku latihan dan di sampingnya ada dua buah buku teks sekolah tersusun rapi. Matanya khusyuk melihat apa yang terpapar di skrin telefon pintar sambil tangannya bergerak ke atas dan ke bawah. Adakala dia mengerutkan dahi dan kadang-kadang dia tersenyum manis. Lama saya memerhatikan gelagatnya begitu, hampir 30 minit. Ini adalah satu perkara yang telah menjadi kebiasaan dan boleh dilihat berlaku di mana-mana. Mengikut kajian yang dijalankan terhadap 164 pelajar di sebuah kolej di Texas, Amerika Syarikat, pelajar perempuan secara purata menghabiskan 10 jam manakala pelajar lelaki menghabiskan 8 jam sehari bersama telefon pintar. Antara perkara yang dilakukan ialah membalas mesej (94.6 minit sehari), membalas emel (48.5 minit), memeriksa facebook (38.6 minit), melayari internet (34.4 minit) dan mendengar muzik (26.9 minit). Kajian ini serba sedikit

Syed Ahmad Israa’ Syed Ibrahim

Imej
Nama: Syed Ahmad Israa’ Syed Ibrahim Kerjaya: Ketua Pegawai Urusan IRIS Institute Pencapaian akademik: PMR 9A SPM 12 A (Aliran Sains Agama) STAM 10 Mumtaz – Penerima Anugerah Utama Kebangsaan STAM Malaysia BA Hons Syariah Islamiah Univ Al-Azhar Kaherah – Jayyid Jiddan With Honors Menyertai aktiviti KRIM sejak tingkatan 2 (2002) Sumbangan dakwah: JK KRIM SMI Hira’ 2006-2007 JK Media ISMA 2008-2009 JK Biro Akademik ISMA Mesir 2009-2010 Ketua Unit Kajian & Penulisan ISMA Mesir 2010-2011 Setiausaha Biro Latihan & Kepimpinan ISMA Mesir 2011-2012 Ketua Biro Pengkaderan ISMA Mesir 2012-2013 Timbalan Pengerusi ISMA Mesir 2013-2014 Lain-lain maklumat: Saya aktif menyampaikan ceramah, terlibat dalam forum dan menghasilkan penulisan sekitar isu-isu semasa umat Islam. “Syed Ahmad Israa’ Syed Ibrahim dilahirkan di Amerika Syarikat dan membesar di Selangor. Beliau merupakan bekas pelajar Institusi Pendidikan Hira’ di mana beliau mendapat pendidikan sekolah selama 13 ta

4.5 juta kanak-kanak hilang tempat tinggal konflik di lima negara

Imej
KUALA LUMPUR, Rabu – Konflik dan ketidakstabilan di Syria, Afghanistan, Somalia, Sudan dan Sudan Selatan mengakibatkan perpindahan sekurang-kurangnya 4.5 juta kanak-kanak, kata UNICEF menjelang mesyuarat peringkat tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai krisis migran dan pelarian global. Sejak awal 2015, lebih setengah juta orang telah merentasi Mediterranean untuk masuk ke Eropah dengan satu perlima daripada mereka yang tiba di perairan Eropah adalah kanak-kanak. “Sama ada mereka melarikan diri melalui jalan laut atau darat, mereka lazimnya bergantung kepada belas kasihan penyeludup dan terpaksa menanggung kesan fizikal dan psikologi akibat perang, kehilangan tempat tinggal serta permusuhan,” kata Afshan Khan, Pengarah Program Kecemasan UNICEF. Kanak-kanak yang kehilangan tempat tinggal ini memerlukan respons yang komprehensif, sepakat dan mapan, katanya. Afshan berkata UNICEF terus komited dalam menyediakan sokongan yang amat diperlukan ketika kanak-kanak terbabit melak

Tiupan angin Timur bakal kurangkan jerebu

Imej
PUTRAJAYA, Rabu – Keadaan jerebu rentas sempadan dari Sumatera dan Kalimantan, Indonesia yang dialami Malaysia sekarang dijangka berkurangan apabila negara diramal menerima tiupan angin dari arah Timur mulai awal Oktober ini. Menurut Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar hari ini, keadaan itu akan menyebabkan kebanyakan kawasan di Pantai Barat Semenanjung dan bahagian Barat Sarawak menerima hujan pada waktu petang dan senja. “Keadaan ini diharap dapat mengurangkan keadaan jerebu yang dialami sekarang,” kata kementerian dalam kenyataan di sini. Berdasarkan laporan Pusat Meteorologi Khas ASEAN (ASMC) yang berpangkalan di Singapura, sebanyak 99 titik panas dikesan di Indonesia pada Selasa dengan masing-masing 50 di Kalimantan dan 49 lagi di Sumatera. Tiada titik panas dikesan di Malaysia. Dalam perkembangan berkaitan, siasatan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) mendapati sehingga 27 Sept lepas, sebanyak 3,427 kes pembakaran terbuka dikesan di seluruh negara. Daripada jumlah itu, se

Analisis: Mengapa China menzalimi muslim Uighur?

Imej
Berikut adalah tiga faktor mengapa kerajaan China menzalimi muslim Uighur: 1) Xinjiang kaya dengan sumber minyak Sumber minyak di Xinjiang (Sumber: The Economist) Penemuan minyak di Xinjiang telah menarik perhatian seluruh dunia dan delegasi ke Xinjiang. Beijing pula bimbang sekiranya pengaruhnya ke atas Xinijang akan hilang maka China telah merancang untuk membangunkan Xinjiang sebagai penghubung dengan Asia Tengah, rancangan ini termasuklah meningkatkan migrasi etnik Han; etnik majoriti di China ke Xinjiang. Pelbagai perancangan telah dilakukan termasuklah (1990) mencipta Zon Ekonomi Khas, memberi subsidi kepada para petani kapas tempatan dan merombak semula sisitem cukai. Xinjiang (Ogos 1991) melancarkan Projek Tarim Basin untuk meningkatkan hasil pertanian. Kemudian, Beijing melabur dalam infrastruktur Xinjiang, projek pembangunan besar-besaran seperti Lebuhraya Tarim Desert dan landasan kereta api ke barat Xinjiang. Projek ini dibina untuk ‘’mengikat’’ Xinjiang dengan Republ

Saya terlalu tua untuk dipenjarakan: Tun Dr Mahathir

Imej
BANGI, Rabu – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak menolak kemungkinan ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) kerana kelantangannya mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. “Saya sedia, saya terlalu tua, tidak berapa sihat dan boleh berfikir dengan baik. Nyanyuk, kamu tahu?” katanya dalam sebuah forum pendidikan. “Tetapi tiada alasan untuk orang nyanyuk ucap perkara salah,” katanya yang terkenal dengan kenyataan sinisnya. Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada beliau menjangkakan akan turut ditahan seperti Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, bekas pemimpin Umno Batu Kawan, selama 28 hari atas alasan cuba mensabotaj negara. “Ini undang-undang, saya harus patuh. Jika saya bersalah saya harus hadapi penjara seumur hidup,” katanya. Mahathir berkata, Sosma lebih teruk berbanding Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dimansuhkan selepas kempen berterusan pembangkang dan NGO. Katanya, Sosma m

Maqasid Syarak selamanya tidak akan bertentangan dengan Nas

Imej
BANGI, Rabu – Kefahaman kita terhadap Maqasid Syarak hendaklah berpandukan dengan sumber utama nas syarak itu sendiri iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. “Ulama besar dalam Maqasid seperti As Syatibi dan Ibnu Asyur meletakkan cara pertama dalam memahami Maqasid Syarak adalah dengan melihat kepada nas kerana nas itu selamanya tidak akan terbatal.” Ahli Majlis Ulama ISMA (MUIS), Ustaz Mohd Hazizi Ab Rahman  berkata demikian sebagai mengulas keadaan suasana hari ini di mana masyarakat bermudah-mudah berhujah dengan maqasid. Ujar beliau lagi setelah seseorang itu melihat secara menyeluruh nas al-Quran dan As-Sunnah maka selepas itu dia hendaklah melakukan istiqra’ (analisis induktif) secara menyeluruh perkara-perkara hukum hakam dalam syarak supaya dia dapat gambaran tentang tujuan syarak itu sendiri. “Maka apabila semua perkara itu telah dilakukan barulah seseorang itu boleh berbicara soal berhujahkan Maqasid Syarak,” tegasnya. Tambah beliau sebahagian manusia pada hari ini bermudah-mudah

Jerebu: Jarak ketampakan dan bacaan IPU tidak boleh dipadankan

Imej
PUTRAJAYA, Rabu – Jarak penglihatan atau ketampakan semasa jerebu tidak boleh digambarkan atau dipadankan dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU), kata Pengarah Bahagian Udara Jabatan Alam Sekitar (JAS) Mashitah Darus. Beliau berkata keadaan itu disebabkan jarak penglihatan diukur dan dikemas kini dalam masa nyata sementara bacaan IPU dikemas kini dalam tempoh 24 jam, yang menyebabkan kedua-duanya tidak sepadan. “Walaupun bila nampak pada mata kasar jerebu teruk, tapi kandungan kepekatan adalah rendah disebabkan wap air yang tinggi. “Ini kerana zarah-zarah atau partikal habuk diserap dan ia menyerakkan cahaya matahari sehingga menyebabkan jarak ketampakan kurang,” katanya pada bengkel khas media mengenai ‘Cabaran Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dalam Pengurusan Sumber Asli dan Alam Sekitar Secara Lestari’ di sini, hari ini. Bengkel itu turut dihadiri Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Ir Hamim Samuri dan Ketua Pengarah JAS Datuk Halimah Hassan. Dalam

Kes saman terhadap PAS, Mustafa Ali mungkin diselesai secara baik

Imej
KUALA LUMPUR, Rabu – Kes saman fitnah yang difailkan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed terhadap PAS, bekas Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan dua yang lain berkemungkinan diselesaikan secara baik. Saman itu berhubung kenyataan fitnah yang didakwa dikeluarkan bekas Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa terhadap Mustapa, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, berkaitan saham Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH). Peguam C.K Lew, yang mewakili Mustapa, memaklumkan perkara itu kepada pemberita selepas kes disebut di dalam kamar hari ini di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Nor Bee Ariffin. Lew berkata peguam Nadzratun Naim Hammad Azizi yang mewakili keempat-empat defendan itu memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya mencadangkan supaya kes saman berkenaan diselesaikan secara baik. Keempat-empat defendan itu ialah parti PAS, Mustafa yang ketika itu Setiausaha Agung PAS, Ketua Pengarang Harakahdaily Zulkifli Sulong dan P

KATA PEDANG: Sokong ketegasan mufti, amaran untuk puak DAP

Imej
INSTITUSI agama Islam sekali lagi diserang oleh pihak tidak bertanggungjawab. Kali ini khutbah Jabatan Mufti dan Jabatan Agama Islam Pahang menjadi sasaran berikutan isi kandungannya yang menjelaskan kebenaran sebagai panduan umat Islam. Malangnya, ada orang Melayu Islam sendiri yang membuat kenyataan mewakili puak kuffar dalam parti rasis dan cauvinis DAP. Lihat, beginilah cara orang Melayu dipergunakan oleh parti anti-Islam itu. Ketegasan Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman yang tidak mahu memohon maaf apatah lagi menarik balik khutbah itu amatlah dihormati. Pendirian itu disambut pula oleh mufti di negeri lain dan juga Isma sendiri. Inilah satu sikap yang kita mahu, saling menyokong antara satu sama lain apabila terdapat usaha yang mahu menjejaskan kedudukan Islam dan institusinya di negara ini. Kepada puak DAP sama ada Melayu atau tidak, berhenti daripada masuk campur urusan agama Islam jika tidak memahaminya dengan jelas. KATA PEDANG: Kalau berani, ambillah tin

Lelaki tampar imam dihantar ke Tanjung Rambutan

Imej
BANGI, Rabu – Susulan insiden imam Masjid Negara ditampar oleh seorang lelaki warganegara India 18 September lalu, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini memerintahkan lelaki terbabit dihantar ke Hospital Bahagia Tanjung Rambutan, Perak untuk pemeriksaan mental. Kejadian yang berlaku kira-kira 1.30 tengahari ketika solat Jumaat mencetuskan kekecohan apabila lelaki tersebut bertindak menampar imam Mohd Zuhairee Mohd Yatim. Menurut laporan Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainol Samah berkata lelaki itu mendakwa bahawa ada suara ghaib yang mahukan dia mengimamkan solat Jumaat tersebut. Difahamkan warga India berusia 31 tahun itu cuba merampas mikrofon yang berada pada jubah dipakai Zuhairee namun gagal, menyebabkannya berang lalu mengambil tindakan menampar imam itu secara tiba-tiba. Pihak pengurusan masjid kemudiannya serta merta membawa lelaki berkenaan keluar dan menyerahkannya kepada pihak polis yang menahan dan menyiasatnya di bawah Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan. Sumber

Kekeliruan liberalis memahami isu ‘Tiada paksaan dalam agama’ dan ‘Tunduk kepada sistem Islam’

Imej
MEMBACA artikel bertajuk “Penipuan Abdullah Zaik berkenaan liberalisme” yang disiarkan di portal liberal The Malaysian Insider, menambahkan lagi kasihan saya terhadap Farouk A Peru yang sebenarnya sedang keliru berkenaan konsep kebebasan dalam Islam dan ayat “Tiada paksaan dalam Agama” yang disebut Al-Quran lantas mendakwa penipuan Ustaz Abdullah Zaik sambil menerangkan dengan akal sendiri berhubung ayat لا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ dan konsep kebebasan. Farouk A Peru nampaknya tidak dapat membezakan antara isu paksaan memeluk agama Islam dan mengikuti sistem Islam. (Syariah Islamiyyah). Semua ulama memang bersepakat bahawa memaksa bukan Islam untuk memeluk agama Islam adalah tidak dibenarkan berdasarkan ayat  لا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ dalam Surah Al-Baqarah ayat 256. Hukum larangan ini Ustaz Abdullah Zaik sudah lama maklum. Rata-rata masyarakat Malaysia pun sudah maklum akan hukum ini. Sebab itu kita tidak jumpa walau satu kes pun di Malaysia, orang Islam memaksa orang bukan Islam su