Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2018

Sedekad JUMS: Menjalin Ukhuwah, Membangun Mahasiswa Beragenda

Imej
Derby, 24 Dis- Pehimpunan musim sejuk tahunan, Jalinan Ukhuwwah Musim Sejuk (JUMS) anjuran ISMA UK-Eire telah berlangsung pada 21-24 Disember 2018 yang membawakan tema “Engage, Inspire, Embolden” bertempat di Kem Lea Green, Matlock yang penuh dengan kehijauan dan suasana yang mendamaikan. JUMS tahun ini telah berjaya mengumpulkan hampir 100 mahasiswa dan mahasiswi Malaysia di seluruh Eropah; United Kingdom, Ireland, German, dan Sepanyol untuk beraktiviti dan berukhuwah selama 4 hari 3 malam. Pihak JUMS pada kali ini amat berbesar hati dengan kehadiran penceramah jemputan khas, iaitu Ir Tuan Hj Muhammad Lukman Al-Hakim, Ketua Biro Luar Negara (BLN) Ikatan Muslimin Malaysia yang juga merupakan pemilik dan konsultan di Ultra Mind Academy. Tuan Hj Lukman telah mengendalikan beberapa slot yang menarik seperti ‘Kenali Personaliti Anda’ dan ‘First Class Ummah’ yang telah mendapat maklumbalas yang cukup positif daripada para peserta. Melalui kedua-dua slot tersebut, penceramah telah menegas

Guna Kehebatan Sains Dekatkan Diri Kanak-Kanak Dengan Pencipta, Tolak Pengaruh Atheisme

Imej
Oleh Norlia Binti Salleh Kota Samarahan,  10 Disember 2018 – “Al Quran dan Sains, sangat berkait rapat. Sains yang hari ini dibuktikan melalui pelbagai eksperimen dan kajian, sebenarnya telahpun disebut dalam Al Quran beribu tahun dahulu.” Demikian kata Jamaliah bt Lani dalam pengisiannya yang bertajuk ‘Al Quran dan Sains’ semasa Program Cuti Sekolah anjuran Kelab NAZIM Samarahan baru-baru ini. Tambahnya lagi, semuanya telahpun disebutkan dan dibuktikan dalam Al Quran. Tinggal sahaja lagi untuk kita percaya ataupun tidak. Kebanyakkan kita pada hari ini malas untuk berfikir dan meneliti bukti-bukti yang telah ditunjukkan. Malah menyalahkan ilmuwan dan ulama tidak menjalankan tanggungjawab. Sepatutnya, kitalah yang perlu mendekati para ilmuwan dan ulama untuk menuntut ilmu yang diperlukan. Seorang dari ibu peserta yang terlibat turut memberikan komen yang positif berkenaan program yang telah dijalankan. “Anak-anak sangat seronok. Seusai pulang dari program, mereka bercerita kepada sa

Rijal 1.0 Membina Pemuda Berjiwa Besar

Imej
Kuala Lumpur, 26 Dis – Program Rijal 1.0 anjuran Pemuda Isma Kuala Lumpur telah berjaya dilaksanakan pada 22 dan 23 Disember lepas bersama dengan remaja-remaja yang berumur antara 14-17 tahun dari sekitar Damansara, Cheras, Lembah Pantai dan kawasan-kawasan lain. Program tersebut merupakan wadah yang terbaik buat remaja bagi mengisi waktu cuti mereka dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat. Bermula dengan makan malam bersama dalam talam, pengisian ‘Aku Pemuda Islam’, Qiamulail Perdana dan diakhiri dengan Futsal Qowiy, kesemuanya bertujuan untuk membina pemuda atau rijal yang berjiwa besar, bertaqwa, sihat dan cergas. Pelbagai lagi aktiviti Pemuda Isma Kuala Lumpur yang menarik bakal menyusul untuk tahun 2019. Jangan ketinggalan, Jom sertai kami! Hubungi Bro Hafiz Anuar(013-356 3951),Ketua Pemuda Isma Kuala Lumpur. Sumber

Fun Activities in ISMA Alor Setar ‘Back To School’ Program

Imej
By: Dr. Iman Noor Ghani KUALA KEDAH, 25 December 2018 – Today marks the day for ‘ Majlis Penyerahan Sumbangan Kit Bantuan ke Sekolah 2019’, which was humbly organized by the Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Alor Setar and Yayasan Ikhlas. Besides donations and school kits that were provided for the needy ones around Kuala Kedah, a ‘Free Market’ was also held where pre-loved clothing and items could be obtained for free. To celebrate the attending children, a coloring slot was held whereby kids colored pictures together with free crayons to bring back home. Apart from these, a medical check up and health consultation session were also provided for the people. Screenings were done for diabetes, hypertension and obesity. From the 40 participants who joined the medical checkup, 18 were overweight, 13 were obese and 9 had normal BMI. This proportion is alarming. Last but not least, a special thanks to Transfusion Medicine Department Mobile Team who came all the way from Sultanah Bahiy

Pendidikan agama mampu lahirkan profesional Islam cemerlang

Imej
Dunia telah mendapat pelbagai faedah hasil dari ilham dan tangan cendekiawan Islam. Bidang perubatan menyaksikan bagaimana sumbangan Az-Zahrawi dalam bidang pembedahan, An-Nafis dalam memahami fisiologi peredaran darah dan ilmuwan Parsi Ibnu Sina yang banyak menulis buku-buku perubatan. Begitu juga bidang-bidang yang lain seperti kejuruteraan dan matematik yang turut mendapat sentuhan dari ilmuwan Islam seperti Al-Khawarizmi dan Ibnu Haitham. Mereka semua bukan sahaja bijak dalam ilmu duniawi tetapi mereka juga agamawan yang cemerlang dalam memahami Al-Quran. Mereka memahami Al-Quran dan Ad-Deen sebelum memahami ilmu akademik. Sejak kedatangan penjajah British, sistem sekolah sekular yang mengasingkan antara agama dan pendidikan telah wujud di negara kita. Tidak hairanlah jika subjek agama hanya sekadar menjadi satu pelajaran yang diajar selama beberapa jam sahaja seminggu. Seandainya seorang pelajar ingin belajar lebih dari itu, ia perlu inisiatif sendiri ke kelas-kelas fardhu ain

ISMA Alor Setar tekad tegakkan keadilan buat Adib

Imej
  Oleh: Fakhruddin Afif Fauzi TEBENGAU, 26 Disember 2018 – Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Alor Setar bertekad untuk menegakkan keadilan buat Allahyarham Muhammad Adib bin Mohd Kassim, Pegawai Bomba Kanan II yang meninggal dunia akibat kejadian rusuhan ketika bertugas di Kuil Sri Mahariamman, Subang Jaya, bulan lalu. Ini ditegaskan oleh delegasi ISMA Alor Setar yang menziarahi keluarga allahyarham di Kampung Tebengau, semalam. Antara yang hadir dalam sesi ziarah ialah Naib Yang Dipertua ISMA Alor Setar, Tuan Guru Haji Abdul Fisol Mohd Isa dan isteri, Ustazah Hajah Junainah bt Jaafar. Turut sama dalam sesi kunjungan itu ialah Pengerusi Yayasan Ikhlas, Dato’ Rosli bin Mohd Ramli dan isteri, Datin Asmahan Zaidon serta Pengurus Besar Yayasan Ikhlas, Ir Kamaruddin Kasim dan isteri. Di akhir sesi pertemuan, Dato’ Rosli mewakili Yayasan Ikhlas memberi sedikit sumbangan kewangan kepada keluarga allahyarham. Sumber

ISMA Alor Setar, Yayasan Ikhlas sumbang RM 16,600 bantu keluarga nelayan Kuala Kedah

Imej
Oleh: Fakhruddin Afif Fauzi KUALA KEDAH, 26 Disember – Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Alor Setar dan Yayasan Ikhlas menyumbangkan RM 16,600 kepada 91 buah keluarga nelayan miskin di sekitar Kuala Kedah. Majlis serahan sumbangan diadakan di Masjid Al-Ma’arufi, Kampung Seberang Kota di sini, semalam. Menurut Yang Dipertua ISMA Alor Setar, Dr. Zulkifli Yusof, program kali ini merupakan penganjuran tahun ke-4 diadakan dengan kerjasama Yayasan Ikhlas dalam usaha membantu golongan kurang berkemampuan bagi meringankan beban perbelanjaan sesi persekolahan anak-anak nanti. Penerima-penerima sumbangan merupakan pelajar-pelajar dari keluarga nelayan miskin dari Kampung Seberang Kota, Kampung Seberang Alor, Kampung Telok Talipon dan Kampung Padang Garam. Setiap keluarga menerima sumbangan berupa beg sekolah, alat tulis dan wang tunai serta pelbagai pakaian sekolah yang ditebus melalui kupon yang disediakan. Turut diadakan dalam majlis ini ialah aktiviti mewarna untuk kanak-kanak,

Isma Kuantan kerah ahli sertai Himpunan Tolak ICERD

Imej
Oleh Shuhaimi Shaedon KUANTAN, 4 Dis. – Seluruh ahli Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Kuantan dikerah untuk menyertai himpunan menolak ratifikasi Konvensyen Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) yang akan diadakan pada 8 Disember ini bagi menyahut seruan Amir dan Presiden Isma kepada setiap ahli di seluruh negara. Yang Dipertua Isma cawangan Kuantan, Dr. Mohamad Nor Sundari berkata, himpunan ini adalah tanda solidariti umat Melayu Islam yang bersepakat tanpa mengira latar belakang politik dalam mempertahankan kandungan yang sedia termaktub di dalam perlembagaan iaitu Islam sebagai Agama Persekutuan, Raja-raja, Bahasa Melayu serta hak Bangsa Melayu dan Bumiputera. Beliau berkata, melalui perhimpunan ini juga secara langsung ia dapat merapatkan saf dan persaudaraan dikalangan pemimpin-pemimpin Melayu dan Islam yang selama ini renggang disebabkan oeh perbezaan fahaman politik yang merugikan. “Pada ketika inilah kita lihat slogan ‘Melayu Sepakat, Islam Berdaulat’

iGuru KL Gesa Kerajaan Bertegas Isu Sekolah Vernakular

Imej
Kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir bahawa sekolah vernakular menjadi penghalang kepada perpaduan rakyat berbilang kaum ini adalah benar sekali. Kita boleh lihat kesannya yang semakin membarah sehingga ke hari ini. Jelas sekali kewujudan sekolah vernakular menyebabkan kurangnya asimilasi di kalangan masyarakat. Bermula dr umur yang kecil, mereka telah dipisah-pisahkan antara kaum. Mereka belajar dalam bahasa yang berbeza. Mereka menggunakan silibus yang berbeza. Dan mereka hidup sesama kaum mereka sahaja, tanpa berlaku asimilasi dengan kaum lain kecuali dalam sektor-sektor tertentu yang sangat minimal. Apatah lagi, bahasa komunikasi yang menjadi identiti rasmi negera di sekolah vernakular tidak menggunakan Bahasa Ibunda sebagai bahasa pengantaraan. Ini akan memberikan kesan untuk masyarakat bergaul sesama mereka. Tidak lah menjadi kepelikan, jika masih ramai di kalangan rakyat yang tidak fasih berbahasa kebangsaan sedangkan mereka sudah bertahun-tahun menjadi warganegara Mal

Usrah Wanita KB Mingguan Dapat Sambutan

Imej
KOTA BHARU, 24 Nov – “Setiap wanita muslimah mestilah bercita-cita untuk menjadi ahli syurga,” kata Ustazah Raihanah Yusuff dalam Usrah Wanita di Madrasah Sg. Keladi semalam. “Ini kerana syurga adalah nikmat Allah yang disediakan kepada hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh seperti yang dinyatakan dalam Surah al-Baqarah ayat 25.” Beliau selaku ahli jawatankuasa Wanita Isma Kota Bharu kemudiannya berkongsi beberapa amalan yang boleh dilakukan oleh para muslimah untuk menjadi wanita syurga. Yang utama adalah solat kerana ianya bakal menjadi syafaat di akhirat kelak. “Solat adalah tiang agama dan ia merupakan pemisah antara keimanan dan kekufuran,” jelasnya lagi. “Perbanyakkan solat-solat sunat supaya kita sentiasa bergantung kepada Allah SWT. Rumah tangga yang aman adalah hasil daripada tuan rumahnya yang jaga solat,” ujarnya lagi. Amalan lain seorang wanita syurga adalah berpuasa. Hal ini terkandung dalam surah Al Baqarah ayat 183. Banyak hikmah puasa, antaranya adalah mendid

Liga Komuniti ISMA Kota Bharu 2018 Selesai

Imej
KOTA BHARU, 25 Nov – Liga Komuniti ISMA Kota Bharu (LKIKB) 2018 melabuhkan tirai dengan jayanya setelah 7 minggu berlangsung dengan penglibatan daripada 24 pasukan seluruh negeri Kelantan. Perlawanan akhir antara skuad MVR FC dan Tualang FC menampilkan persaingan sengit seawal sepak mula. Kehadiran penyokong yang ramai daripada kedua-dua pasukan menambah kemeriahan perlawanan ini.   Skuad MVR FC berjaya menafikan kemenangan Tualang FC sekaligus menobatkannya sebagai juara LKIKB musim pertama. Atas berkat kesungguhan dan kegigihan, MVR FC berhasil menjaringkan gol kemenangan pada separuh masa kedua membenam Tualang FC 1-0. Perlawanan ini disaksikan oleh YDP ISMA KB Ustaz Abdul Rahman Iskandar selaku penaja utama kejohanan. “Saya mengucapkan tahniah kepada pasukan MVR FC yang menjadi juara Liga ISMA KB musim pertama. Ribuan terima kasih kepada kesemua 24 pasukan yang sudi menyertai kejohanan ini. Semoga berjumpa lagi dalam kejohanan musim akan datang.” ujar YDP ISMA KB. Encik Mal

KEM HUFFAZ CILIK DAPAT SAMBUTAN DALAM KALANGAN IBU BAPA

Imej
KUANG, 26 November 2018 – Kem Huffaz Cilik anjuran Kelab Anak-anak Hebat (NAZIM) cawangan Kuala Lumpur telah berlangsung dengan jayanya selama tiga hari bermula dari 24 November 2018 dan berakhir pada 26 November 2018, berbeza daripada tahun-tahun sebelumnya yang kebiasaannya berlangsung tidak lebih dari dua hari. Penganjuran kali ini amat istimewa kerana NAZIM KL telah mendapat sepenuh sokongan dan bantuan daripada pihak pengurusan Masjid Al-Islahiah, Kuang yang juga menjadi lokasi kem ini dijalankan. “Kami, pihak masjid amat berbesar hati kerana NAZIM KL sudi menjalankan aktviti yang bermanfaat buat anak-anak dan kami amat mengalu-alukan program-program seperti ini dapat dijalankan selalu tambahan lagi pada cuti sekolah,” ujar Nazir Masjid Al-Islahiah, Tuan Haji Supandi bin Samin. Penyertaan tahun ini amat memberangsangkan apabila pihak penganjur berjaya mencapai sasaran penyertaan iaitu seramai 70 orang anak-anak berusia 7 hingga 12 tahun. Rata-rata peserta yang hadir tinggal di

Kem Celik Al-Mulk Lahirkan Bakal Generasi Huffaz

Imej
KOTA BHARU, 28 Nov – 60 peserta sekitar Kota Bharu, Kelantan bertuah kerana berpeluang mengikuti Kem Celik Al-Mulk selama dua hari yang diadakan di Masjid Mukim Lundang Kota Bharu. Kem hafazan ini bertujuan untuk membantu para peserta menguasai pembacaan dan penghafazan surah al-Quran khususnya surah al-Mulk dengan lebih berkesan. Menurut pengarah Kem Celik Al-Mulk, Puan Normah Abu Samah, kaedah yang diperkenalkan adalah bersesuaian dengan keperluan pembelajaran murid-murid seperti teknik gundalan, mendengar dan menulis serta gabungan kesemua teknik tersebut. Mereka telah dibimbing oleh fasilitator-fasilitator yang dilantik oleh pihak Nazim Kota Bharu bagi menyemak dan membetulkan bacaan secara berkumpulan. Fasilitator-fasilitator yang terdiri daripada pelajar tahfiz dan pelajar universiti ini turut memberi motivasi dan semangat kepada para peserta untuk menghafaz al-Quran. Walaupun program tersebut dirancang dalam waktu yang singkat, ia tetap mendapat sambutan yang amat menggalakkan

Nazim Kuantan sasarkan anak-anak hebat dalam semua aspek kehidupan

Imej
Oleh Shuhaimi Shaedon KUANTAN, 30 Nov. – “Kelab Anak-anak Hebat (Nazim) mensasarkan untuk menjadikan anak-anak ini hebat bukan sahaja di dalam pelajaran bahkan semua aspek kehidupan terutama dari segi kerohanian ataupun spiritual. “Anak-anak kita ini merupakan bakal pemimpin yang akan menerajui kepimpinan negara di masa hadapan. “Sebab itulah ia diletakkan di antara fokus utama di dalam Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) untuk mentarbiyah anak-anak supaya memiliki jatidiri muslim yang sebenar di dalam diri mereka melalui proses tarbiyah yang akan dilalui,” katanya. Demikian menurut Ketua Biro Keluarga dan Masyarakat (BKM) Isma Kuantan, Ustazah Salwana Abd Razak ketika menyampaikan ucapan aluan di Majlis Apresiasi Nazim Kuantan di sini baru-baru ini. Tambah beliau, selain memfokuskan program tarbiyah kepada anak-anak, Isma melalui BKM juga berperanan untuk memberi input kepada para ibu dan bapa dalam membentuk keluarga menurut syariat Islam. “Seminar Keluarga Mukmin sebagai contoh, a