Cubaan rampas pesawat MAS, MH128 patah balik ke Melbourne

BANGI, 6 Ramadan 1438H, KhamisSebuah pesawat Malaysia Airlines terpaksa berpatah balik ke Melbourne, Australia selepas seorang penumpang dilaporkan cuba merampas dan memasuki kokpit, sambil mendakwa memiliki bahan letupan, sebentar tadi.

Laporan bagaimanapun, menyebut 11 penumpang lain berjaya menangkap lelaki terbabit, sementara Abus A330 itu selamat mendarat di Lapangan Terbang Tullamarine di Melbourne, tanpa ada sesiapa yang cedera.

Sepasukan anggota polis persekutuan Australia bersenjata raifal menaiki pesawat MH128 itu sebaik mendarat jam 11.41 malam tadi, untuk melakukan pemeriksaan. Bagaimanapun, tiada bom yang ditemui.

Pesawat itu yang berlepas dari Melbourne ke Kuala Lumpur kira-kira jam 11.11 malam tadi dan sepatutnya tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang jam 5.28 pagi ini.

Berikutan kejadian itu, lapangan terbang Melbourne ditutup kepada semua operasi dan penerbangan. Semua penerbangan keluar dari Tullamarine dibatalkan, manakala semua pesawat yang datang dilencongkan ke lapangan terbang Avalon.

Penumpang mendakwa, lelaki itu memegang peranti frekuensi elektronik. Dia kini berada dalam tahanan polis persekutuan Australia.

Laporan menyebut lelaki itu warga Sri Lanka dan dalam keadaan mabuk. – Agensi

The post Cubaan rampas pesawat MAS, MH128 patah balik ke Melbourne appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian