Dunia Arab perlu kembali kepada Islam: Hadi Awang

BANGI, 15 Ramadan 1438H, Sabtu – Seluruh dunia Arab digesa untuk kembali semula kepada ajaran Islam susulan perkembangan terbaharu membabitkan pemulauan negara Qatar.

Kesal dengan apa yang berlaku, Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang berkata, seluruh dunia Islam perlu mengambil pengajaran daripada kesan buruk Perjanjian Sykes-Picot dan perpecahan yang berlaku antara dunia Islam Arab.

“Sekalipun penjajah telah keluar, kesannya masih dirasai dengan meninggalkan pengikut-pengikut mereka yang mempunyai warna kulit dan lidah yang sama dengan kita.

“Yang paling bahaya adalah kesan sekular yang menjauhkan Islam daripada hal ehwal kehidupan serta memisahkan negara dengan agama,” katanya dalam satu kenyataan.

Perkara itu, menurutnya, mewujudkan berlakunya pemisahan antara kiblat untuk solat dan kiblat politik.

“Maka kiblat untuk solat adalah mengadap ke Baitullah di Mekah dan kita menjaga dan membangunkannya sebagai kiblat kita.

“Adapun kiblat politik, ekonomi, kebudayaan dan lain-lainnya, maka kiblatnya pula ialah Rumah Putih di Washington atau Rumah Merah di Moscow.

“Maslahah dunia adalah lebih diutamakan berbanding maslahah agama bagi menjaga maslahah Zionis dan sekaligus mengkesampingkan isu Al-Aqsa dan Palestin.

“Kenapa mereka lebih dilihat menentang gerakan Islam sederhana dan gerakan kemerdekaan sebenar di Palestin dan sekaligus mereka dilihat seolah-olah mengiktiraf kedaulatan Israel?,” soalnya.

Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Mesir, Bahrain, Yaman, Libya, Maldives dan beberapa negara Arab lain memutuskan hubungan darat, laut dan udara dengan Qatar baru-baru ini sehingga menimbulkan kebimbangan dengan negara yang bersahabat dengan negara terbabit.

The post Dunia Arab perlu kembali kepada Islam: Hadi Awang appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian