Individu hadir majlis berbuka puasa Gay perlu bertaubat

BANGI, 20 Ramadan 1438H, Khamis – Mana-mana individu yang terlibat dengan majlis berbuka puasa anjuran pendukung gerakan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) baru-baru ini perlu bertaubat di atas tindakan mereka.

Menggesa perkara itu, Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, Ramadan sepatutnya dihormati bukan mencemarinya dengan menganjurkan program LGBT.

“Menganjurkan program berbuka puasa itu tak ada masalah tapi nampaknya apa yang mereka lebih tonjolkan itu adalah LGBT.

“Tindakan mereka amat dikesali kerana seperti yang semua maklum LGBT adalah bercanggah dengan Islam,” katanya.

Mohd Azmi menegaskan sebarang perkara berkaitan dengan Islam tidak boleh disalahgunakan untuk perkara bertentangan dengan agama suci ini.

“Ini kerana implikasinya nanti orang akan nampak seperti menghina agama,” katanya.

Mohd Azmi juga turut menyarankan pihak berkuasa mengadakan pertemuan dengan penganjur program terbabit bagi meminta penjelasan lanjut mengenai perkara itu.

“Langkah tersebut dapat memberi kefahaman kepada pihak penganjur bahawa tindakan mereka adalah salah dan boleh dikenakan hukuman sewajarnya.

“Mungkin orang lihat penganjuran ini tidak akan mempengaruhi mana-mana pihak namun pelaksanaan program ini sebenarnya telah menunjukkan bahawa gerakan LGBT semakin menular di negara ini,” katanya.

The post Individu hadir majlis berbuka puasa Gay perlu bertaubat appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian