Jordan bersama Tunisia, Lubnan haram filem Wonder Woman

AMMAN, 15 Ramadan 1438H, Sabtu – Jordan menyertai Tunisia dan Lubnan mengharamkan tayangan filem terbaharu Hollywood – Wonder Woman, kerana pelakon utama wanitanya adalah bekas askar Israel yang menyatakan sokongan terhadap Zionis.

Filem itu pada mulanya diharamkan untuk tayangan di Lubnan, diikuti Tunisia minggu ini selepas Gal Gadot sebagai pelakon utamanya secara terang-terang memberi sokongan kepada askar rejim Zionis tatkala serangan ke atas Gaza pada 2014.

Agensi berita Jordanian Petra melaporkan, Pengarah Suruhanjaya Media Jordan, Mohammad Quteishat berkata, suruhanjaya itu sedang mengkaji filem berkenaan untuk melihat sejauh mana mematuhi piawaian dan undang-undang negara Arab

Beliau memberi amaran mana-mana pawagam yang menayangkan filem itu sebelum kelulusan suruhanjaya akan ditutup, kerana dianggap melanggar undang-undang.

Jordan adalah salah satu daripada dua negara Arab yang berjiran dengan Israel dan mempunyai hubungan diplomatik, namun beberapa kempen dilakukan mendesak kerajaan Jordan mengharamkan filem itu.

Seorang anggota kempen memboikot filem itu, Mohammad Ali memberitahu agensi berita China Xinhua:

“Jika kita menonton filem itu, ini bermakna kita menyokong pelakon Israel. Saya menentang tayangan filem ini dan saya mengesa ia diharamkan di Jordan dan negara Arab lain.”

Sebelum ini, Tunisia juga dilaporkan membatalkan tayangan filem berkenaan.

Persatuan Peguam Muda Tunisia memfailkan tindakan mahkamah bagi menghalang tayangan Wonder Woman di negara itu, berikutan komen Gadot yang menyokong askar Zionis ketika menyerang Gaza pada 2014. – Agensi

The post Jordan bersama Tunisia, Lubnan haram filem Wonder Woman appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian