Lebih 1,000 pelajar ambil dadah

KUALA LUMPUR, 19 Ramadan 1438H, Rabu – Kira-kira 1,252 pelajar sekolah dikesan mengambil dadah dalam tempoh empat bulan iaitu dari Januari sehingga April tahun ini.

Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia, Pesol Md. Saad berkata, kebanyakan murid yang terlibat adalah dalam kalangan pelajar tingkatan 4 dan 5.

“Tingkatan 5 sahaja seramai 520 orang manakala tingkatan 4 pula seramai 423 orang. Dadah jenis methamphetamine menjadi pilihan utama pelajar iaitu sebanyak 75 peratus diikuti ganja sebanyak 17 peratus.

“Anak-anak ini adalah generasi TN50. Ke mana hala mereka? Kita di Kementerian Pendidikan cukup bimbang,” kata Pesol dalam Forum Jihad Memerangi Dadah, hari ini.

Bimbang dengan keadaan itu, Pesol berkata, usaha membanteras penyalahgunaan dadah dalam kalangan pelajar tidak hanya terletak pada pihak berkuasa tetapi juga memerlukan kerjasama masyarakat.

“Ini kerana pengaruh yang menyebabkan murid terjebak dengan anasir dadah datang daripada luar sekolah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah (Antarabangsa), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Hamizan Haidzir berkata peningkatan masalah dadah ini bukan sahaja berlaku negara ini malah di seluruh dunia.

“Masalah dadah semakin meningkat di seluruh dunia khususnya dengan kemasukan dadah sintetik. Dadah jenis ini memberi kesan kepada sistem tunjang mangsa.

“Ketika ini dadah yang paling banyak diambil dalam kalangan penagih ialah yang pertamanya heroin, diikuti syabu dan juga ganja,” katanya.

The post Lebih 1,000 pelajar ambil dadah appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian