Uber, Grab perlu sediakan butang SOS

KUALA LUMPUR, 14 Ramadan 1438H, Jumaat – Syarikat perkhidmatan perkongsian kenderaan seperti Uber dan Grab diarahkan untuk melengkapi aplikasi mereka dengan butang SOS dengan kadar segera bagi memastikan keselamatan penumpang terjamin.

Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Mohd. Azharuddin Mat Sah berkata, butang SOS tersebut akan dihubungkan terus ke Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Beliau menjelaskan, ianya dibuat bagi membolehkan penumpang untuk memberi amaran polis jika keselamatan mereka terancam.

Katanya, sistem tersebut sudah digunapakai oleh perkhidmatan Uber di India dan pengenalan butang tersebut di negara ini adalah baik ekoran beberapa kes yang melibatkan pemandu Uber baru-baru ini.

“Kami sudah berjumpa dengan Uber hari ini dan mereka telah bersetuju untuk memperkenalkan butang SOS ini. Selain itu, mereka juga akan mengadakan pemeriksaan yang ketat kepada pemandu termasuk pemeriksaan tingkah laku dan rekod jenayah.

“Mereka juga diminta untuk berkongsi maklumat mengenai pemandu mereka dengan SPAD bermula 16 Jun ini walaupun sebelum undang-undang bagi perkhidmatan ini berkuatkuasa iaitu dijangka pada Julai ini,” katanya pada taklimat media di sini, semalam.

Terdahulu, terdapat beberapa kes melibatkan perkhidmatan Uber termasuk satu insiden di Pulau Pinang semalam apabila seorang pemandu Uber dibelasah lebih 10 lelaki selepas didakwa mencabul seorang penumpang wanita warga Vietnam.

The post Uber, Grab perlu sediakan butang SOS appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian