Kad prabayar: Keputusan muktamad bayar RM10 dapat nilai RM10

shabery

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, 6 Mei – Bayar RM10 dapat nilai RM10 adalah cadangan dan keputusan muktamad daripada kerajaan mengenai isu harga kad tambah nilai prabayar, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Katanya, beliau sudah mengemukakan cadangan itu kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan juga Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

“Kerajaan mengambil keputusan muktamad untuk mengekalkan harga pembelian kad tambah nilai prabayar seperti sebelum pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

“Ini merupakan satu perjuangan untuk memastikan pelaksanaan formula beli RM10, dapat nilai RM10 boleh berlaku,” katanya dalam temu bual rancangan Suara Kita Hak Kita edisi khas terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang bertajuk ‘Top-up: Apa Masalahnya?’, semalam.

Beliau menolak kajian pihak Telco yang hanya menawarkan dua pilihan yang tidak menyebelahi rakyat

Yang pertama ialah melalui pembelian kad tambah nilai prabayar pada harga RM10.60 dan apabila diaktifkan, pengguna menerima nilai RM10 manakala pilihan kedua, pembelian pada harga RM10 dan apabila diaktifkan, pengguna hanya menerima RM9.43.

Shabery berkata, buat masa ini, kajian tersebut sudah tidak relevan lagi kerana tidak ada pilihan ketiga iaitu beli RM10 dan pengguna mendapat nilai RM10.

“Saya meletakkan pilihan ketiga kerana ini adalah keputusan menteri. Insya-Allah kita akan melaksanakannya. Sebab itu saya ambil keputusan ini kerana ia kehendak rakyat. Saya akan ikut apa rakyat nak,” katanya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian