Wakil rakyat memang kena fasih bahasa Melayu, kata Senator

Senator Bathmavathi

Senator Bathmavathi Krishnan

Oleh Azri El

BANGI, 8 Mei – Biarpun ada di kalangan pemimpin bukan Melayu, khususnya puak-puak rasis dalam DAP, menentang gesaan supaya wakil rakyat fasih berbahasa Melayu, lain pula dengan seorang senator berbangsa India ini.

Baginya setiap wakil rakyat mesti fasih berbahasa Melayu kerana ia mudah difahami dan lebih mencapai maksud yang hendak disampaikan ketika sesuatu isu dibahas di Dewan Rakyat atau Dewan Negara.

Senator Bathmavathi Krishnan berkata, ia juga penting kerana bahasa Melayu merupakan Bahasa Kebangsaan negara.

“Dalam perbahasan di Dewan Rakyat atau Dewan Negara memang kena guna bahasa Melayu. Bila pandai cakap bahasa Melayu dia akan sampaikan hujah dengan teliti.

“Kalau rang undang-undang dalam bahasa Melayu, mereka boleh baca,” katanya kepada Ismaweb.

Bagaimanapun bagi Bathmavathi, sudah cukup untuk wakil rakyat jika dapat menguasai kemahiran lisan berbanding penulisan.

“Dalam isu ini ada dua aspek iaitu lisan dan bertulis.

“Pada saya, untuk wakil rakyat, kemahiran lisan adalah lebih penting,” ujar pemilik Ijazah Sarjana Muda Pengajian Melayu dari Universiti Malaya itu.

Kemahiran berkomunikasi dalam bahasa Melayu kata Bathmavathi, perlu diasah dengan lebih banyak membaca, mendengar dan berbual.

“Macam saya sendiri, saya dengar berita TV, saya akan dapat belajar perkataan baru.

“Boleh juga kalau nak masuk kursus bahasa, kalau wakil rakyat itu nak, sebab banyak kursus-kursus yang ada sekarang ini,” katanya.

Sebelum ini, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mencadangkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenakan syarat setiap pemimpin yang mahu menjadi wakil rakyat sama ada pada peringkat Parlimen atau Dewan Undangan Negeri mesti sekurang-kurangnya mempunyai kepujian Bahasa Melayu dalam Sijil Pelajaran Malaysia.

Saranan itu mendapat sokongan pelbagai pihak, termasuk SPR yang bersedia mengkajinya.

Penasihat Kerajaan Dalam Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan, Tan Sri Dr Rais Yatim, juga menyatakan setiap pemimpin di negara ini perlu boleh bertutur bahasa Melayu dengan baik.

Presiden ISMA, Abdullah Zaik Abd Rahman yang menyokong saranan itu juga menggesa semua wakil rakyat, termasuk Ahli Parlimen yang tidak fasih berbahasa Melayu mengikuti kursus wajib bahasa Malaysia.

Bagaimanapun, cadangan itu ditentang oleh wakil rakyat cauvinis pembangkang termasuk Teresa Kok dan N Surendran.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian