Masyarakat diingat tidak terpedaya dengan pengamal perubatan tradisional

Gambar hiasan

Gambar hiasan

SEBERANG TAKIR, 22 Safar 1438H, Selasa – Masyarakat diingatkan supaya berhati-hati dengan kebanyakan pengamal perubatan cara tradisional atau bomoh yang tidak seiring dengan akidah umat Islam.

Pengasas Badan Kebajikan Perubatan Rabbani, Datuk Abdullah Abu Bakar berkata, kebanyakan perubatan sedemikian masih lagi terikat dengan amalan warisan.

Katanya, mereka menggunakan pemujaan tertentu, membakar kemenyan dan sebagainya dalam usaha memberikan rawatan kepada pesakit termasuk bagi mereka yang diganggu makhluk halus.

“Ada segelintir pengamal perubatan tradisional atau bomoh yang mencampurkan bacaan al-Quran yang tidak jelas dan jampi serapah semata-mata ingin mengelirukan umat Islam.

“Secara dasarnya, usaha mengubati penyakit itu dibenarkan dalam Islam, namun kaedah atau cara digunakan perlu dipastikan tidak melanggar akidah dan hukum syarak yang ditetapkan dalam agama,” katanya yang dipetik daripada Sinar Harian.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan umat Islam agar berhati-hati ketika mendapatkan rawatan bagi memastikan ia tidak menyeleweng serta tidak melanggar hukum syarak.

“Masyarakat perlu jelas bahawa perubatan cara tradisional atau bomoh dengan perawatan Islam adalah jauh berbeza kerana ia berlandaskan hukum syarak dan hanya menggunakan bacaan ayat-ayat suci al-Quran ketika perawatan.

“Kita mohon masyarakat agar tidak keliru dan terpedaya semata-mata ingin cepat sembuh, sebaliknya usaha terbaik untuk kesejahteraan hidup adalah dengan memohon doa kepada Allah swt serta membaca al-Quran,” katanya.

The post Masyarakat diingat tidak terpedaya dengan pengamal perubatan tradisional appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian