Pasukan Fix and Go Pemuda Isma sukarela pantau pelajar kemahiran

14963382_686875838154124_6877357199202580099_n

Oleh Ghaff Siti Hafidah (Wartawan Pelatih)

BANGI, 5 Safar 1438H, Sabtu – Pemuda Isma komited dalam membentuk jati diri dalam kalangan generasi muda dengan menubuhkan pasukan yang digelar Fix and Go.

Ketua Pemuda ISMA, Muhammad Lukman Al Hakim Muhammad berkata, pasukan yang akan beraksi di seluruh negara tidak lama lagi ini akan memobilisasikan pelajar kolej kemahiran secara sukarela.

“Pasukan ini ditubuhkan bagi membina generasi muda yang produktif, prihatin terhadap golongan yang kurang bernasib baik serta sanggup menyumbang kemahiran diri untuk manfaat orang lain.

”Mereka secara sukarela membantu golongan kurang bernasib baik dengan membaiki pendawaian elektrik, perpaipan dan struktur rumah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Ismaweb melaporkan, seramai 15 anggota Pemuda Isma menyertai ekspedisi Cabaran Kinabalu 2016 yang diketuai oleh wakil dari I-Fitness, Farhan Nasri.

Muhammad Lukman berkata, penyertaan ekspedisi ini bagi melahirkan wakil pertama daripada Isma yang berjaya berada di puncak gunung tertinggi itu.

The post Pasukan Fix and Go Pemuda Isma sukarela pantau pelajar kemahiran appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian