Saad Hariri dilantik Perdana Menteri Lubnan

hariri

LUBNAN, 4 Safar 1438H, Jumaat – Pemimpin politik utama, Saad Hariri dilantik sebagai Perdana Menteri Lubnan yang baharu, semalam.

Presiden negara itu, Michel Aoun yang juga baharu dilantik dari kalangan pemimpin Kristian dan rapat dengan Hezbollah, memberi kepercayaan kepada Hariri untuk membentuk kerajaan.

Pemilihan Hariri dari kalangan pemimpin politik Ahli Sunnah Wal Jamaah, dibuat sehari selepas Aoun dipilih sebagai Presiden Lubnan.

Hariri, anak bekas Perdana Menteri Lubnan yang mati dibunuh – Rafik Hariri, memperoleh sokongan 110 daripada 127 Ahli Parlimen negara itu.

Hanya pergerakan Syiah Hezbollah dan parti Baath Lubnan yang enggan menyokongnya sebagai Perdana Menteri.

Hariri kembali sebagai Perdana Menteri lima tahun selepas Kabinetnya sebelum ini runtuh, apabila musuh lamanya, Hezbollah dan sekutu mereka menarik diri daripada menjadi menteri dalam kerajaan perpaduan. – Agensi

The post Saad Hariri dilantik Perdana Menteri Lubnan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian