Umat Islam diseru ubah kehidupan berlandaskan iman, takwa kepada Allah: Khutbah

BANGI, 1 Muharram 1439H, Jumaat – Sempena tahun baharu Islam Hijrah hari ini, Khutbah Jumaat mengingatkan seluruh umat Islam untuk berusaha bersungguh-sungguh mencapai kehidupan yang lebih baik berlandaskan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT.

Berdasarkan teks khutbah yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), sambutan Maal Hijrah adalah masa yang terbaik untuk kita muhasabah diri dengan mengukur dan menilai sajauh mana kesungguhan kita melakukan perubahan dalam hidup.

“Saban tahun, kita menyambut kehadiran Maal Hijrah, tetapi yang menjadi persoalan bagi kita ialah sejauh manakah penghayatan kita terhadap sambutan ini supaya ia menjadi lebih bermakna?

“Adakah kita berusaha sedaya upaya untuk memahami dan menghayati pengajaran-pengajaran yang terkandung dalam peristiwa hijrah tersebut?,” katanya.

Teks khutbah menjelas, hijrah ialah meninggalkan segala bentuk perbuatan maksiat dan mungkar yang dilarang oleh Allah SWT.

“Justeru berubah dari tabiat atau cara hidup yang buruk kepada yang baik dan dari yang baik kepada yang lebih baik adalah hijrah. Begitu juga berubah dari berpakaian yang tidak sopan kepada berpakaian yang menutup aurat adalah hijrah.

“Berubah daripada akhlak yang tidak baik kepada berakhlak mulia adalah hijrah, berubah daripada kehidupan yang buruk kepada yang lebih baik adalah hijrah, berubah daripada kehidupan yang lalai kepada mendekatkan diri kepada Allah adalah hijrah.

“Perubahan seperti ini hanya mampu dilakukan dengan semangat jihad dan niat yang suci serta ikhlas semata-mata kerana Allah SWT,” kata khutbah itu lagi.

Teks khutbah hari ini turut mengingatkan agar kita sentiasa berusaha untuk mencapai kehidupan yang lebih baik dan maju serta berada dalam lingkungan rahmat dan keredhaan Robbul Jalil.

“ Bahkan Islam tidak menyuruh ummatnya berdiam diri dan berserah kepada takdir Allah SWT semata-mata tanpa berusaha bersungguh-sungguh.

“Kita perlu memperbanyakkan amalan soleh sama ada yang wajib atau yang sunat sebagai bekalan untuk dibawa ke alam akhirat kerana hanya amalan soleh sahaja yang akan menyelamatkan kita daripada azab tatkala roh kita terpisah daripada jasad,” katanya.

The post Umat Islam diseru ubah kehidupan berlandaskan iman, takwa kepada Allah: Khutbah appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian