Umat Islam wajib pertahan agenda penyatuan Islam, titah Sultan Kedah

Gambar: Berita Harian

ALOR SETAR, 1 Muharram 1439H, Jumaat – Masyarakat di negara ini diingatkan untuk tidak meruntuhkan tembok kesatuan umat Islam yang telah terbina sejak sekian lama, titah Sultan Kedah, Tuanku Sallehuddin Sultan Badlishah.

Justeru beliau bertitah, umat Islam perlu menjiwai erti kesatuan umat dengan bersikap terbuka, berbaik sangka dan saling menghormati antara satu sama lain tanpa mengira latar belakang bangsa, warna kulit, atau fahaman politik yang berbeza.

“Rakyat tidak boleh pentingkan diri sehingga sanggup memusnahkan agenda penyatuan sekali gus membiarkan negara terancam, retak dan hancur.

“Sikap kepentingan diri yang sempit bukan sahaja berupaya meruntuhkan tembok kesatuan yang terbina sekian lama, namun ia boleh membuatkan seseorang menyerahkan kuasa yang ada dan menggadai maruah,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Perhimpunan Sempena Sambutan Maal Hijrah 1439/2017 Peringkat Negeri Kedah, di Dewan Seri Negeri, Wisma Darulaman, Alor Setar hari ini.

Pada majlis itu, bekas Mufti Kedah, Datuk Syeikh Hasbullah Abdul Halim, 76, dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah 1439 peringkat negeri Kedah.

The post Umat Islam wajib pertahan agenda penyatuan Islam, titah Sultan Kedah appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian