Perwakilan PAS gesa tenggelamkan pakatan harapan, kuatkan blok politik ketiga

DrAlias

PENGKALAN CHEPA, Khamis – PAS Pusat digesa mengukuhkan blok politik ketiga demi menenggelamkan pakatan harapan yang dilihat terus menerus mahu bersaing dengan parti Islam itu.

Perwakilan dari Terengganu, Dr Alias Razak berkata, PAS perlu mencari kembali momentum yang hilang kesan daripada perpecahan Pakatan Rakyat.

“Harap PAS Pusat ambil perhatian blok politik ketiga ini yang kita mesti betul-betul pacu supaya dapat menenggelamkan Pakatan Harapan yang menjadi pesaing kita nampaknya pada hari ini.

“Mana tempat kita bertanding mereka bertanding. Nampaknya nak bersaing sungguh. Jadi kita kena bersungguh bagi mengatasi kehilangan undi akibat daripada perpisahan ini dan kita bina platform baru,” katanya pada sesi Perbahasan Ucapan Dasar Presiden di Muktamar Tahunan Pas ke-62 di sini, hari ini.

Dalam masa yang sama, Alias berharap pembentukan blok politik ketiga itu bukan sekadar di pentas sahaja.

Beliau yakin pengukuhan blok politik ketiga itu bakal memberi laluan kemenangan PAS dalam Pilihan Raya Umum ke-14.

“Kita mohon kepada PAS Pusat setelah kita tidak lagi bersama Pakatan Rakyat, maka untuk kita mendapat kembali momentum dan sokongan, maka penubuhan blok politik ketiga adalah penting dan saya harap ia tidak hanya sekadar di atas pentas.

“Laksanakan di semua peringkat bersungguh kerana inilah peluang menarik penyokong-penyokong atas pagar. InshaAllah, PAS Terengganu sedang mengerah…tapi nampak tidak berapa segar molek,” katanya.

Pada 16 Mac lalu, PAS membentuk blok politik ketiga bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan)sebagai suatu kerjasama politik yang lebih tersusun dengan membawa model politik matang, terbuka bertanggungjawab, bersih dan sejahtera.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian