VIDEO: Chegubard, Adam Adli, didenda RM6000


Bekas Ketua PKR cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard, akitivis pelajar, Adam Adli Abdul Halim bersama lapan yang lain dijatuhkan hukuman denda RM6,000.

Mereka didapati bersalah terhadap dua tuduhan iaitu merusuh dan menyertai perhimpunan haram tiga tahun lalu.

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memerintahkan kesemua mereka menjalani hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda.

Chegubard, Adam Adli, Muhammad Safwan serta tujuh individu itu didakwa menyertai perhimpunan di Jalan Parlimen pada 24 Jun 2013 bagi melakukan mudarat awam.

Tujuh individu lain ialah Norazimah Mohamad Nor, Ahmad Shauqie Abdul Aziz, Ahmad Syukri Che Abdul Razab, Lim Sue Pei, Edy Noor Reduan, Md Sani Md Shah dan Ekhsan Bukharee Badarul Hisham.

Sumber: Berita TV9

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian