Bangunan UTC Kuantan terbakar

KUANTAN, 2 Zulkaedah 1438H, Rabu – Satu kebakaran berlaku di tingkat bawah bangunan Pusat Transformasi Bandar (UTC) di sini hari ini, memaksa pelanggan dan kakitangan dipindahkan dari premis itu.

Kebakaran yang berlaku pada jam 1.30 tengah hari itu dipercayai berpunca di bilik stor bangunan itu. Bagaimanapun, kebakaran dapat dipadamkan oleh pasukan Bomba dan Penyelamat daerah.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah, Kamerul Bieza Mohamed Kassim berkata, bilik stor yang musnah akibat kebakaran itu digunakan untuk menyimpan peralatan pembersihan.

Katanya, seramai 25 anggota bomba yang dikerah mengawal kebakaran mengambil masa kurang daripada 10 minit untuk memastikan keadaan terkawal termasuk membantu pelanggan serta kakitangan mengosongkan premis berkenaan.

“Apabila alat penggera kebakaran diaktifkan, orang ramai dan kakitangan segera meninggalkan premis dan membuat kerja kami lebih mudah,” katanya.

Tiada sebarang kecederaan dilaporkan, namun pihak berkuasa terpaksa menutup sementara bangunan itu atas faktor keselamatan.

The post Bangunan UTC Kuantan terbakar appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian