KATA PEDANG: Tanah rizab Melayu tinggal 11%, apa kita nak jawab pada generasi akan datang?

penyusutan trm
RASANYA sudah terlalu banyak forum dan perbincangan berkaitan masalah tanah rizab Melayu yang semakin berkurangan diadakan saban tahun.

Kini tinggal 11% sahaja tanah rizab Melayu yang tinggal, berbanding 50% yang sepatutnya ada jika dirujuk kepada Wasiat Raja Melayu.

Fakta ini didedahkan oleh Pensyarah Kanan Jabatan Pengurusan Hartanah Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr Mohd Hasrol Hafiz Aliasak pada tahun lepas.

Ada 5 faktor pentingnya tanah bagi sesuatu bangsa:

1. Tanah sebagai asas pembentukan negara bangsa.

2. Tanah juga dilihat sebagai salah satu daripada faktor pengeluaran ekonomi.

3. Tanah juga sebagai lambang kedaulatan sesebuah bangsa atau kaum di sesebuah negara.

4. Tanpa tanah, tiada wujudnya bangsa.

5. Semua bangsa mempunyai tanah tumpah darahnya KECUALI bangsa Israel kerana ENGGAN menerima perintah Allah untuk menduduki bumi Yabus (Palestin Moden).

Pedang tidak mahu generasi kita akan datang menyalahkan kita yang hidup di zaman ini kerana tidak bersungguh-sungguh mempertahankan tanah warisan daripada nenek moyang terdahulu.

Dari sudut perundangan, bukan tiada akta yang menjaganya tetapi apabila ia melibatkan ketirisan dalam aspek pelaksanaan, inilah yang bakal menyebabkan tanah kita tergadai.

Akhir sekali, Pedang memetik kata-kata mantan Ketua Setiausaha Kementerian Tanah dan Koperasi Prof Datuk Dr Nik Mohd Zain Yusof bahawa tanah rizab Melayu boleh ditambah kembali dengan syarat wujudnya ‘political will’ di kalangan ahli politik yang menguasai kerajaan negeri.

“Saya pernah terlibat dengan satu mesyuarat bersama menteri-menteri besar, dalam mesyuarat itu membincangkan soal penggantian semula Tanah Rizab yang diambil oleh kerajaan negeri.

“Namun malangnya kebanyakan menteri besar tidak mahu mengganti semula atas alasan harga tanah itu akan jatuh lalu dibeli dengan harga yang murah, sedangkan terdapat orang bukan Melayu yang sanggup membeli dengan harga mahal,” kata beliau.

Kata Pedang: Hakikatnya, jumlah tanah yang dimiliki orang Melayu, khususnya tanah rizab Melayu semakin berkurangan, tergadai di tangan pembangunan dan kaum lain, terutama di Pulau Pinang.Kata-Kata-Pedang-ISMAweb

Penafian: Kata-Kata Pedang adalah segmen lidah pengarang dan pandangan yang dilontarkan tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) sebagai pertubuhan Melayu dan Islam sederhana.

ARTIKEL BERKAITAN:

Hanya 20 peratus tanah di semenanjung dimiliki oleh Melayu
VIDEO: Tanah Rizab Melayu tinggal 12%, siapa yang bertanggungjawab?

LAGI…

KATA PEDANG: Jangan bagi muka kepada ‘pengkhianat’!
KATA PEDANG: Usaha menjauhkan Melayu daripada perjuangan bangsa tidak akan berjaya
KATA PEDANG: Pastikan Islam dijulang di Malaysia
KATA PEDANG: Tiap tahun dilanda jerebu, sampai bila?
KATA PEDANG: Setuju Melayu pimpin Malaysia, tapi yang bagaimana?
KATA PEDANG: Jangan celupar terhadap Islam, Melayu
KATA PEDANG: ‘Sampah’ kuning disambung dengan ‘sampah’ merah
KATA PEDANG: PAS ajar PKR, DAP berpolitik
KATA PEDANG: Islam kena memimpin, bukan dipimpin

 

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian