Kerajaan pantau banjir di Perlis dan Kedah

bahh
KUALA LUMPUR, Khamis – Kerajaan memantau keadaan banjir di Perlis dan Kedah, serta menghulurkan bantuan serta merta kepada mereka yang terjejas di kedua-dua negeri itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kanak-kanak dan mereka yang berada di kawasan berisiko tinggi juga akan dipindahkan serta merta.

“Saya ambil maklum mengenai keadaan di Kedah dan Perlis yang dilanda banjir kilat, dan berdoa semua di sana berada dalam keadaan selamat.

“Kerajaan akan memantau keadaan ini dan hulurkan bantuan dengan serta merta kepada mereka yang terjejas, terutamanya kanak-kanak dan mereka di kawasan berisiko tinggi yang perlu dipindahkan serta merta,” katanya dalam status terbaru laman Facebook beliau malam ini.

Hujan lebat sejak tiga hari lepas menyebabkan banjir di beberapa kawasan di Perlis dan setakat ini, seramai 50 orang dari 12 keluarga telah dipindahkan ke pusat pemindahan.

Selain itu, lebih 1,000 penduduk dari lapan buah kampung di Changlun, Kedah terjejas akibat banjir berikutan hujan lebat sejak dua hari lepas. – Bernama

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian