Ribuan sertai perhimpunan antikeganasan di Turki

edogan

ISTANBUL, Isnin – Lebih 100,000 orang menghadiri perhimpunan antikeganasan di Istanbul, semalam sambil mengibarkan bendera Turki sebagai sokongan terhadap Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan yang menentang pemberontakan puak Kurdish.

Orang ramai membanjiri Dataran Yenikapi di pantai Laut Marmara untuk menghadiri demonstrasi yang diakhiri dengan ucapan Erdogan.

Khamis lalu, beribu-ribu menghadiri perhimpunan serupa di Ankara, untuk mengecam Parti Pekerja Kurdistan (PKK) yang membunuh puluhan anggota polis dan tentera dalam serangan puak Kurdish.

Kebanyakan penunjuk perasaan memakai ikat merah di kepala yang tertera perkatan ‘Syahid tidak pernah mati, tanah air yang tidak boleh dibahagikan’ sambil memuji kematian anggota pasukan keselamatan sebagai mati syahid.

Bagaimanapun, tiada lambang politik kelihatan pada perhimpunan berkenaan tetapi ramai percaya hampir keseluruhan daripada mereka merupakan penyokong kuat Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP).

“Kami akan menyokong Erdogan untuk selamanya kerana beliau mempertahankan bendera dan negara ini,” kata Gunel Yildiz, 43, seorang pekerja industri tekstil.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian