Konflik Mosul: Lebih 5,000 struktur bangunan rosak, musnah

UNITED NATION, 16 Syawal 1438H, Isnin – Konflik berterusan bagi merebut semula Mosul daripada militan Daesh telah merosakkan ribuan struktur bersejarah dan memusnahkan hampir 500 bangunan di bandar itu.

Menurut imej satelit yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), konflik perang di bandar itu telah mengusir 900,000 penduduk, dan menyebabkan ribuan orang awam lain terbunuh.

Imej yang diambil seminggu sebelum serangan pada 18 Jun menunjukkan kerosakan pada 2,589 struktur dengan 153 daripadanya musnah.

Lima hari kemudian, serangan pengeboman dilapor semakin meningkat dengan 1,451 buah bangunan lagi rosak termasuk 43 rumah musnah, menurut imej yang didokumenan oleh Institut Latihan dan Penyelidikan PBB.

Dalam 12 hari pertama pertempuran di Kota Lama, Daesh dilaporkan mengerah berpuluh-puluh pengebom bunuh diri sehingga menyebabkan 1,496 struktur rosak dan 294 lagi musnah. Kerosakan bangunan dijangka meningkat sebelum pertempuran berakhir.

PBB berkata, kemusnahan di bandar itu jauh lebih teruk daripada yang dijangkakan dan kemungkinan menelan belanja berbilion dolar untuk memperbaikinya.- Agensi

The post Konflik Mosul: Lebih 5,000 struktur bangunan rosak, musnah appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian