Mufti KL puji Shell tarik balik iklan

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 16 Syawal 1438H, Isnin – Tindakan Shell menarik balik iklan kadbod stesen minyak berkenaan yang memaparkan imej seorang wanita wajar dipuji, kata Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri.

Malah beliau turut menasihatkan beberapa individu yang berkelakuan tidak senonoh terhadap iklan gadis berkenaan supaya bertaubat dan berubah menjadi orang Islam yang lebih baik.

“Kami percaya akan kebijaksanaan pihak Shell dalam menangani isu ini dan bersedia untuk memberikan buah fikiran dan pandangan sekiranya ada keperluan.

“Mempamerkan akhlak yang mulia dan unggul merupakan keindahan dan nilai yang tinggi dalam masyarakat. Kemuliaan budilah yang membezakan manusia dan haiwan liar.

“Berbudi bukan satu hal yang boleh dibuat-buat. Ia merupakan hasil terakhir dari pembentukan peribadi dan jiwa sejak kecil lagi,” katanya di ruangan Bayan Linnas, yang disiarkan di laman web Mufti Wilayah Persekutuan.

Beliau juga merujuk kenyataan Presiden Isma dan Mufti Perak menyatakan bahawa sebarang perkara yang boleh menimbulkan fitnah hendaklah dielakkan kerana ia memberi kesan buruk sama ada untuk jangka masa pendek mahupun panjang.

Jelasnya, tindakan ‘mencabul’ iklan kadbod wanita terbabit sebagai perlakuan yang memalukan, menjatuhkan maruah dan tidak wajar bagi seorang Muslim.

“Pertama, kami melihat bahawa kaum lelaki yang perlu terlebih dahulu menundukkan pandangannya dan menjaga maruahnya.

“Kedua, kaum wanita perlu berusaha untuk mengelakkan sebarang fitnah daripada berlaku. Ini berdasarkan satu kaedah daripada kata-kata Saidina Umar RA, barangsiapa yang menempuhi, laluan-laluan tohmahan, akan ditohmah,” katanya.

Sebelum ini, Shell sebuah syarikat pembekal bahan api dan petrol terkenal mengarahkan poster Nor Shafila yang mempromosikan bahan api ditarik balik serta merta.

Ia ekoran tindakan tidak bertanggungjawab segelintir individu lelaki yang melakukan perbuatan tidak bermoral ke atas poster Nor Shafila sehingga viral di media sosial.

Bagaimanapun, Ketua Wanita Parti Amanah Negara (PAN), Dr Siti Mariah Mahmud menyifatkan bahawa wanita yang menjadi model terbabit sebagai tidak bersalah.

Beliau yang juga Ahli Parlimen yang menang di Parlimen Kota Raja atas tiket PAS pada 2013 tetapi bersikap mementingkan diri sendiri dengan menyertai PAN berkata, model wanita adalah satu pekerjaan.

“Bila masyarakat kita menerima taraf wanita sama dengan lelaki, maka kita tak boleh menghalang wanita daripada menjawat pekerjaan yang dianggap halal oleh masyarakat.

“Alhamdulillah, kita sudah dapat mendidik masyarakat secara beransur. Kalau dulu model wanita separuh bogel, kini sudah sopan,” katanya yang turut meminta Shell menaikkan semula iklan kadbod berkenaan.

The post Mufti KL puji Shell tarik balik iklan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian