13 terbunuh insiden tembakan di Kolej Komuniti AS

Kolej

LOS ANGELES, Jumaat – Seorang lelaki berusia 20 tahun bertindak melepaskan tembakan di sebuah kolej komuniti di Roseburg, Oregon Amerika Syarikat sehingga mengakibatkan seramai 13 orang terbunuh.

Lelaki yang identitinya tidak dikenali dilaporkan menembak mati mangsa di sebuah kelas di Umpqua Community College yang terletak di pinggiran bandar Roseburg, sebelum beredar ke mangsa lain di kelas berikutnya.

Laporan awal memberitahu 10 terbunuh manakala tujuh yang lain cedera dan identiti mangsa akan hanya didedahkan dalam tempoh 24 hingga 48 jam lagi.

Menurut seorang pelajar, Cassandra Welding yang berada di sebuah bilik berhampiran, dia mendengar 35 hingga 40 bunyi tembakan.

Welding melihat rakan sekelasnya ditembak sejurus membuka pintu kelas terbabit.

“Kami kunci pintu dan tutup lampu dan dalam keadaan panik sebelum memangil 911 (perkhidmatan kecemasan) dan ibubapa kami memaklumkan kami menyayangi mereka dan tidak mengetahui apa yang sedang berlaku,” katanya. 

Bagaimanapun, lelaki berkenaan ditembak mati oleh pihak polis.

Sementara itu, Presiden AS, Barack Obama merayu supaya kawalan kepada pemilikan senjata di negara tersebut dipertingkatkan.

Beliau turut membidas kongres yang dikatakan gagal mengambil langkah sewajarnya sehingga negara itu sering berdepan dengan pembunuhan beramai-ramai sejak kebelakangan ini.

“Sekadar berdoa sahaja tidak mencukupi, ini adalah satu keputusan politik yang perlu kita ambil,” katanya. – Agensi

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian