Ancaman Syiah di Kedah menular di IPT, sekolah, orang awam

Khalill

BANGI, Selasa – Ancaman golongan berfahaman Syiah di negeri Kedah kini didakwa semakin membimbangkan apabila ianya menular secara tersembunyi di seluruh negeri berkenaan.

Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Azatizah Kebangsaan (PASAK), Ustaz Muhammad Khalil Munawwar berkata penyebaran secara senyap itu mula masuk ke institusi pengajian tinggi (IPT), sekolah dan masyarakat awam.

“Saya dapati ancaman Syiah di negeri Kedah ini semakin hari semakin membimbangkan.

“Kita dapat kesan mereka masuk melalui sekolah-sekolah, IPT dan melibatkan orang awam yang jahil tentang apa itu Syiah,” katanya memetik daripada portal Kedahnews.com.

Beliau turut mendedahkan berkenaan satu kes apabila seorang mahasiswi dari sebuah IPT awam di Kedah telah menganut fahaman Syiah yang difatwakan sesat itu.

Katanya, mahasisiwi berkenaan telah menganut fahaman tersebut setelah terpengaruh dengan pensyarah di universiti berkenaan dan enggan kembali kepada fahaman Sunnah wal Jama’ah walau dipujuk beliau beberapa kali.

“Kita ada juga jumpa pelajar IPT yang sampai mengaku tak mau keluar dari Syiah, mahu mati dalam fahaman Syiah, tak mahu mati dalam Sunni,” katanya.

Ustaz Khalil berkata, beliau tidak menolak bahawa fahaman Syiah walau disebar secara tersembunyi di Kedah dan umumnya di Malaysia, fahaman songsang itu telah berjaya mengikat pengaruh lebih 500,000 orang umat Islam di Malaysia.

Malah beliau berkata, berdasarkan ketua tertinggi Syiah Malaysia yang berpengkalan di Pendang, dianggarkan fahaman tersebut telah berjaya memesongkan aqidah ribuan umat Islam di negeri berkenaan.

Justeru itu katanya, selaku pejuang fahaman Sunnah Wal Jama’ah yang dipelopori dari Asya’riah dan Matrudiah, PASAK akan terus berjuang mencegah pemesongan aqidah umat Islam di Kedah walau sering diancam pihak tertentu dalam dakwah mereka.

“Pada pandangan saya, Syiah bukan Islam. Mereka tidak boleh dianggap Islam sama sekali dan perlu disekat dari terus memesongkan akidah umat Islam di Kedah.

“Kami akan terus berjuang,” katanya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian