Hamas gesa rakyat Palestin bersatu tentang Israel

marzuk hamas
BAITULMAQDIS, Rabu – Gerakan pejuang Islam, Hamas menggesa seluruh rakyat Palestin untuk bersatu menentang penjajahan Israel dan sekali gus menyokong gerakan intifada ketika ini.

Anggota Biro Politiknya, Mousa Abu Marzouk berkata rakyat Palestin perlu menitikkan semangat perpaduan, persaudaraan dan kerjasama bagi menghadapi penjajahan rejim Zionis.

Berikutan itu apa sahaja perbincangan antara kumpulan Palestin haruslah tertumpu kepada perjuangan menentang Israel dan mencari jalan yang terbaik bagi mencapai matlamat tersebut.

Mousa berkata, Hamas mahu Israel menghentikan penindasan dan penjajahan secara halus di Baitulmaqdis selain melarang orang bukan Islam memasuki Masjid Al-Aqsa dan membatalkan semua sekatan.

“Kerajaan rejim Zionis juga perlu mengambil tindakan terhadap keganasan pendatang haram Yahudi yang mengganggu keselamatan dan ketenteraman penduduk Pa lestin di Tebing Barat,” katanya.

Dalam perkembangan yang sama, Hamas, memuji tindakan pemuda-pemuda Palestin yang melakukan serangan terhadap pasukan dan peneroka haram Israel di Al-Quds dan Tebing Barat.

Jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri berkata serangan balas di Jerusalem dan Tebing Barat menghantar mesej kepada semua orang khususnya kepada pihak yang ingin memperkotak-katikkan Masjid Al-Aqsa.

Kenyataan beliau muncul selepas serangan serentak di Al-Quds yang menewaskan tiga orang peneroka haram Israel dan mencederakan lebih daripada 21 yang lain baru-baru ini.

Sehingga setakat ini, Middle East Monitor (MEMO) melaporkan sekurang-kurangnya 270 warga Palestin telah ditangkap oleh Zionis Israel di Al-Quds. Bagaiamanapun, 45 dari mereka adalah kanak-kanak di bawah umur.

Selain itu, lebih daripada 2,700 warga Palestin yang lain telah tercedera. – Agensi

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian