Indeks udara masih kekal kategori sederhana, sihat

image (8)

KUALA LUMPUR, Sabtu – Kualiti udara di seluruh negara masih kekal dalam kategori sederhana dan sihat setakat pukul 2 petang ini.

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), 39 kawasan mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana dengan lima daripadanya menunjukkan bacaan IPU antara 80 dan 90 iaitu Putrajaya (86); Banting (84); Nilai, Port Dickson dan Batu Muda, Kuala Lumpur (masing-masing 80).

Kawasan-kawasan lain yang mencatatkan IPU sederhana termasuklah Shah Alam (79); Bandaraya Melaka, Bukit Rambai dan Cheras, Kuala Lumpur (masing-masing 75); Pelabuhan Klang (74); Kota Tinggi (62) dan Kemaman (58).

Sementara itu, 13 kawasan merekodkan bacaan IPU sihat antaranya Keningau (50); Alor Setar dan Kampung Air Putih, Taiping (masing-masing 46); Sandakan (36) dan Tanah Merah (30).

IPU antara 0 hingga 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa. — BERNAMA

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian