Isma bersama NGO Islam Pahang beri sokongan padu kepada Jabatan Mufti Pahang

photo_2015-10-04_12-58-47

Oleh Shuhaimi Shaedon

PEKAN, 3 Okt. – Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) bersama-sama dengan 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam Pahang semalam telah menghadiri perjumpaan dan mesyuarat bagi menyokong kenyataan Mufti Pahang, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman dalam mempertahankan khutbah Aidiladha yang dibacakan baru baru ini.

Yang Dipertua Isma Kuantan, Dr Mohamad Nor Sundari berkata, semua NGO-NGO Islam yang hadir telah bersetuju untuk menyatakan sokongan padu mereka kepada pentadbiran Jabatan Mufti Pahang dalam menghadapi isu yang dibangkitkan oleh Parti Tindakan Demokratik (DAP) ini.

“Setakat ini kita masih menunggu tindakan yang akan diambil oleh DAP untuk menyaman Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dan jika ia berlaku kita akan menggembeling tenaga untuk memberi sokongan dan bantuan kepada pihak Mufti Pahang,” jelas beliau.

image

Sumber: Sinar Harian

Antara NGO yang turut hadir untuk menyatakan sokongan mereka adalah Angkatan Sukarelawan Al-Quran Pahang, Persatuan Veteran Tentera Pahang, Persatuan Perubatan Islam Pahang, Majlis Ta’lim Pahang dan Persatuan Institusi Pendidikan Islam Pahang.

Majlis pertemuan yang diwakili oleh Ketua Penolong Mufti iaitu Muhamad Miziazam Yahya dari Jabatan Mufti Pahang itu juga turut disertai oleh Prof. Dato’ Dr. Ir. Badhrulhisham Abdul Aziz selaku Ketua Unit Kajian Isma Pusat.

Sebelum ini, Dr Abdul Rahman menegaskan beliau tidak gentar dengan ancaman dari DAP kerana khutbah itu merupakan satu nasihat kepada orang Islam supaya bersatu padu dan bukan bersama dengan pihak yang mencabar Islam.

Pendirian beliau juga dilaporkan telah mendapat sokongan penuh kerajaan negeri dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob yang turut memberi jaminan bahawa kerajaan Pahang bersedia menyediakan pasukan peguam jika isu itu dibawa ke mahkamah.

Menurut Dr Mohamad Nor, pihak Isma juga bersedia untuk memberikan maklumat dan data-data yang diperlukan melalui Unit Kajian Strategik Isma Pusat dalam membantu Jabatan Mufti bagi menghadapi apa sahaja tindakan oleh pihak DAP kepada pihak JAIP.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian