KATA PEDANG: Saifuddin salah faham erti ‘hijrah’

photo209707641313798661
HIJRAH adalah satu peristiwa besar dalam tamadun Islam. Ketika zaman Makkah, Islam tidak memiliki kekuatan, malah umatnya ditindas oleh golongan musyrikin.

Namun, selepas peristiwa hijrah, Islam muncul sebagai satu kuasa besar yang memiliki kerajaan di negara Madinah.

Peristiwa hijrah adalah satu titik penting perubahan fasa dalam tamadun Islam daripada keadaan yang tidak baik, berubah menjadi lebih baik.

Inilah satu perkara penting dalam memahami konsep hijrah berpandukan petunjuk Sirah baginda SAW.

Konsep ini didapati berbeza dengan apa yang disebut oleh bekas pemimpin UMNO, Datuk Saifuddin Abdullah ketika mengumumkan penyertaannya ke dalam PKR semalam.

“Ini adalah keputusan besar bagi orang kecil bagi saya. Ia juga sebagai hijrah kecil buat saya,” katanya.

BACA: ‘Hijrah kecil’ ke PKR, kata Saifuddin Abdullah

PKR bukan satu platform yang lebih baik berbanding UMNO.

Banyak kontroversi yang berlaku dalam PKR, antaranya ialah Langkah Kajang dan penyingkiran bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, melalui fitnah yang ditaburkan.

Ini menunjukkan kuatnya amalan fitnah dalam PKR dan mereka yang melakukannya tidak pula takut kepada Allah.

BACA: Penyakit ‘fitnah’ pecah-belah Islam, Melayu

Selain itu, setelah Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan, PKR tidak menonjol dalam memperjuangkan isu-isu rakyat sama ada pada peringkat negeri mahupun kebangsaan. Sebaliknya, DAP dan PAS lebih banyak mendominasi pentas politik negara.

Saifuddin juga menjelaskan dalam tulisannya bahawa beliau mahu melakukan reformasi institusi dengan memperbaiki dasar-dasar awam seperti menukar dasar berasaskan kaum (race based) kepada dasar berasaskan keperluan (need based), demi menjadikan Malaysia sebuah negara ulung yang makmur dan bahagia.

Reformasi ini (migrasi dasar race based kepada need based) secara umum menyeru kepada penghapusan kuota Melayu dan Bumiputera yang akan menjejaskan bangsa majoriti di negara ini.

Kesimpulannya, tidak ada perkara baharu yang diperjuangkan oleh Saifuddin. Beliau hanya bertukar bendera parti semata-mata, tanpa wawasan dan cita-cita politik yang lebih segar untuk memimpin negara.

KATA PEDANG: ‘Hijrah kecil’ Saifuddin tak ubah seperti keluar tong najis, masuk ke tong najis lain. Tak ada yang baru.

Logo Kata Pedang

Penafian: Kata-Kata Pedang adalah segmen lidah pengarang dan pandangan yang dilontarkan tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) sebagai pertubuhan Melayu dan Islam sederhana.

LAGI…

KATA PEDANG: Apa akan jadi kepada Malaysia jika tidak belajar daripada sejarah?
KATA PEDANG: TPPA ke Parlimen hanya sandiwara kerajaan Najib elak dipersalahkan
KATA PEDANG: Bolehkah Melayu, bumiputera lebih kaya selepas TPPA?
KATA PEDANG: Kerajaan Najib bulat tekad patuh kepada Yahudi sertai TPPA
KATA PEDANG: Tak payah masuk Parlimen, bakul sampahkan terus TPPA
KATA PEDANG: Najib tunjuk contoh tidak baik berdepan musuh Islam nombor 1
KATA PEDANG: Angkat, hormat syiar Islam
KATA PEDANG: Tak masuk akal Jabatan Mufti Pulau Pinang tunduk dengan hanya 10 aduan
KATA PEDANG: Sokong ketegasan mufti, amaran untuk puak DAP
KATA PEDANG: Bukti-bukti DAP anti-Islam semakin viral
KATA PEDANG: Prinsip amanah terkorban dalam PAN
KATA PEDANG: Awak beriman, awak saudara saya, awak tak beriman, awak…?

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian