SPRM pertahan PDRM masih siasat 1MDB 

logo-SPRMBANGI, Rabu – Biarpun syarikat pelaburan negara, 1Malaysia Development Bhd (1MDB) tidak disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), tetapi firma itu kini masih dalam siasatan pihak polis.

Perkara itu dinyatakan Pengarah Komunikasi Strategik SPRM, Datuk Rohaizad Yaakob sekaligus menolak kenyataan 1MDB hari ini yang mendakwa firmanya tidak lagi disiasat.

“Merujuk kepada kenyataan media yang dikeluarkan 1MDB pada hari ini, SPRM mahu menjelaskan yang SPRM dalam kenyataannya pada 22 September, 2015 tidak pernah mengatakan 1MDB tidak disiasat.

“Sebaliknya dalam kenyataan media bertarikh 22 September, 2015 SPRM hanya menyebut SPRM tidak menjalankan siasatan ke atas 1MDB.

“Malah dalam kenyataan itu, SPRM menyebut isu 1MDB disiasat sepenuhnya oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan sehubungan itu, sebarang pertanyaan berkenaan isu ini mestilah dirujuk kepada PDRM,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan 1MDB yang menganggap firma itu tidak lagi disiasat selepas Pejabat Peguam Negara mengambil keputusan untuk tidak mendakwa firma berkenaan walaupun kertas siasatan diserahkan kepada Bnak Negara,

Dalam perkembangan yang sama, Isnin lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan ketua pasukan petugas khas yang bertanggungjawab menyiasat isu 1MDB ini.

Mereka ialah Ketua Polis Negara, Peguam Negara dan Gabenor Bank Negara.

Beliau berkata, pertemuan itu bagi mengaktifkan semula peranan pasukan petugas khas tersebut yang turut dianggotai SPRM dalam menyelesaikan hal berkaitan dengan 1MDB.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian