Kalam YDP ISMA Kuala Terengganu: Padah arak





Kemalangan yang berlaku di Pulau Pinang beberapa hari yang lepas seharusnya membuka mata dan minda semua pihak akan bahayanya kesan meminum arak. Pemandu wanita itu juga dilaporkan memandu dalam pengaruh dadah. Dadah sememangnya semua pihak sudah maklum akan bahaya dan kesannya, saya tidak perlu tekankan di sini. Akan tetapi, bahaya arak, ramai yang memandang ringan terutama  dari kalangan bukan Islam di negara ini. Kesan meminum arak bukan sahaja membahayakan diri sendiri malah boleh melibatkan orang lain, seperti yang berlaku dalam kes kemalangan ini, satu nyawa tidak bersalah telah terkorban akibat perbuatan orang lain yang meminum arak.

Pihak berkuasa haruslah memandang berat akan kejadian ini dan menyusun langkah yang sepatutnya untuk membendungnya daripada berulang. Berlakunya peristiwa ini menunjukkan kegagalan atau terdapat kelemahan pada sistem yang sedia ada dalam menyelesaikan masalah ini. Sepatutnya tiada lagi istilah peminum arak ‘bawah umur’ atau ‘cukup umur’. Kerajaan seharusnya melihat balik kebenaran menjual minuman keras atau istilah yang mudah arak ini di tempat-tempat awam dan terbuka kerana kesannya mengundang bahaya kepada semua tanpa mengira bangsa dan agama.

Dalam Islam, arak diletakkan sebagai jenayah yang berat. Hukumannya ialah 40 sebatan. Tambahan pula pengharaman arak di dalam al-Quran (surah al-Maidah: 90-91) sudah tertulis semenjak awal lagi. Ia dianggap ibu kepada dosa, kerana kesan arak menyebabkan berlaku jenayah-jenayah lain seperti membunuh, zina, keruntuhan rumah tangga, ketagihan yang tegar dan lain-lain.


يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِنَّمَا ٱلۡخَمۡرُ وَٱلۡمَيۡسِرُ وَٱلۡأَنصَابُ وَٱلۡأَزۡلَٰمُ رِجۡسٞ مِّنۡ عَمَلِ ٱلشَّيۡطَٰنِ فَٱجۡتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ ٩٠ إِنَّمَا يُرِيدُ ٱلشَّيۡطَٰنُ أَن يُوقِعَ بَيۡنَكُمُ ٱلۡعَدَٰوَةَ وَٱلۡبَغۡضَآءَ فِي ٱلۡخَمۡرِ وَٱلۡمَيۡسِرِ وَيَصُدَّكُمۡ عَن ذِكۡرِ ٱللَّهِ وَعَنِ ٱلصَّلَوٰةِۖ فَهَلۡ أَنتُم مُّنتَهُونَ ٩١

90. Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu haramkan benda-benda yang baik-baik yang telah dihalalkan oleh Allah bagi kamu dan janganlah kamu melampaui batas (pada apa yang telah ditetapkan halalnya itu); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas.
91. Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik dan bertakwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman.

Oleh itu, langkah penyelesaian yang bersepadu haruslah diambil bermula dari pendidikan, pencegahan, kawalan, peguatkuasaan dan tindakan undang-undang oleh pihak berwajib. Kepentingan umum haruslah diutamakan daripada keseronokkan individu.

Oleh Ust Dr. Razali bin Musa, YDP ISMA Kuala Terengganu

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian