Polis Johor tingkat kawalan cegah aktiviti militan Daesh

JOHOR BAHRU, 4 Ramadan 1438H, Selasa – Polis Johor telah meningkatkan kawalan keselamatan di semua kawasan tumpuan dan juga pusat perniagaan seluruh negeri dalam usaha mencegah aktiviti kumpulan pengganas Daesh.

Penugasan kawalan keselamatan itu turut bertumpu di pintu keluar masuk negara, terminal feri, jeti dan juga Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat.

“Kehadiran pasukan CID dengan berpakaian MIB (men in black) di seluruh Johor setiap hari untuk memberi keyakinan kepada masyarakat mengenai peningkatan kawalan keselamatan serta mencegah aktiviti jenayah dan kumpulan pengganas.

“Hampir di seluruh daerah di Johor pasukan berkenaan membuat pemantauan dan pemeriksaan termasuk di perhentian bas, pasar raya, pusat beli-belah, bank dan juga kedai barang kemas,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau menmberitahu, operasi yang dijalankan semalam, seramai 217 orang diperiksa termasuk warga asing di seluruh negeri membabitkan Indonesia (18), Singapura (16), Bangladesh (13) dan Nepal (13).

“Operasi ini akan diteruskan dari semasa ke semasa membabitkan semua daerah termasuk lokasi tumpuan ramai,” katanya.

The post Polis Johor tingkat kawalan cegah aktiviti militan Daesh appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian