Singapura denda dua bank terlibat urusan transaksi 1MDB

1mdb
TOA PAYOH, 4 Ramadan 1438H, Selasa – Pihak Berkuasa Kewangan Singapura (MAS) hari ini mengenakan penalti kewangan terhadap dua bank atas kesalahan terlibat dalam transaksi berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Dua bank berkenaan ialah United Overseas Bank (UOB) dan Credit Suisse, lapor The Straits Times.

MAS dalam satu kenyataan berkata, berdasarkan pemeriksaan selama dua tahun ke atas UOB dan Credit Suisse, pihaknya mendapati kedua-dua bank itu melanggar beberapa keperluan anti pengubahan wang haram (AML) dan kesilapan kawalan.

Ia termasuk kelemahan dalam melaksanakan pematuhan piawaian ke atas pelanggan dan kawalan tidak mencukupi ke atas transaksi serta aktiviti pelanggan. MAS bagaimanapun tidak mengesan kelemahan kawalan menyeluruh dalam kedua-dua bank itu.

MAS memberitahum UOB dikenakan penalti kewangan berjumlah S$900,000 dan Credit Suisse pula didenda S$700,000 kerana melanggar Notis 626 MAS – Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Menentang Pembiayaan Keganasan.

Selain itu, pengurusan dua bank itu turut diarah mengambil tindakan disiplin sewajarnya ke atas kakitangan terbabit, selain melantik badan bebas untuk menilai dan mengesahkan pelaksanaan langkah pembaikan secara berkesan.

MAS sebelum ini mengarahkan penutupan BSI Bank dan Falcon Bank ekoran kegagalan pengurusan kanan mengawal AML dan salah laku, selain mengeluarkan PO selama 10 tahun sehingga seumur hidup kepada empat bekas pekerja institusi kewangan terbabit dalam transaksi berkaitan 1MDB.

Selain itu juga, penalti kewangan berjumlah S$29.1 juta turut dikenakan ke atas 8 bank, iaitu BSI Bank, Falcon Bank, DBS, UBS AG, Standard Chartered Bank, Coutts, Credit Suisse dan UOB atas pelbagai pelanggaran keperluan AML. – Agensi

The post Singapura denda dua bank terlibat urusan transaksi 1MDB appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian