23 lelaki berbogel di pusat perangin Bentong didenda RM 1,500

BENTONG, 20 Syaaban 1438H, Rabu – 23 lelaki yang berbogel ketika menyertai kes motivasi di padang permainan sebuah resort di Bentong Januari lalu didenda RM1,500 setiap seorang oleh Mahkamah Majistret, hari ini.

Kesemua mereka berusia antara 19 dan 23 tahun mengaku bersalah atas tuduhan berkelakuan lucah di lokasi berkenaan pada jam 5.30 petang.

Mereka didakwa mendatangkan kegusaran kepada Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Selesa Hillhomes, Rozzana Chung Abdullah dengan berkelakuan lucah di tempat awam iaitu berbogel di padang permainan Selesa Hillhomes pada hari kejadian.

Tuduhan ke atas mereka adalah mengikut Seksyen 294(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum tiga tahun penjara atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Sementara itu lima lagi peserta kem motivasi turut didenda RM1,500 seorang selepas mengaku salah bersubahat melakukan perbuatan itu di tempat dan pada masa sama mengikut Seksyen 294(a) dibaca bersama Seksyen 109 Kanun Keseksaan.

Manakala lima fasilitator termasuk jurulatih kem motivasi pula didenda RM3,000 seorang dan dipenjara sebulan bermula daripada tarikh tangkap iaitu pada 22 Januari lalu selepas mengaku salah atas tuduhan sama.

Mengikut kes, 39 peserta sebuah kem motivasi dilaporkan berbogel di kawasan padang sebuah resort di sini ketika bermain satu permainan dinamakan ‘All Out’.

Dalam permainan itu, peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan dikehendaki membuat garisan panjang dengan menggunakan alatan yang ada pada mereka menyebabkan peserta menanggalkan pakaian masing-masing sehingga berbogel.

The post 23 lelaki berbogel di pusat perangin Bentong didenda RM 1,500 appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian