Batik Air nama baru bagi Malindo Air

BANGI, 18 Syaaban 1438H, Isnin – Bermula pertengahan tahun ini, Malindo Air akan menukar namanya kepada Batik Air, demikian kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Chandran Rama Muthy.

Dalam satu kenyataan beliau berkata, rasional di sebalik penjenamaan semula itu ialah bagi menyelaras tawaran dalam Lion Air Group Indonesia, bagi memastikan kelancaran perkhidmatan domestik dan antarabangsa.

Susulan itu, Batik Air Malaysia akan memberi fokus kepada laluan antarabangsa manakala Batik Airways Indonesia pula akan memberi tumpuan kepada laluan serantau.

“Batik Air Malaysia akan memberi tumpuan kepada laluan antarabangsa bagi Lior Air Group, manakala Batik Air Indonesia akan terus menumpukan pasaran Indonesia.

“Kami akan mempromosi jenama Batik Air Malaysia di 16 negara di mana kami beroperasi, dan ini akan menjadi rangsangan kepada warisan dan budaya Malaysia,” katanya.

Lior Air Group menguasai Lion Air; Wing Air; Batik Air (Indonesia); Lion Bazjet; Malindo Air (Malaysia) dan Thai Lion Air (Thailand).

Lion Group dikuasai Rusdi Kirana dan adiknya, memiliki 49 peratus saham Malindo, manakala sebahagian besar daripada 51 peratus sahamnya dipegang Chandran.

The post Batik Air nama baru bagi Malindo Air appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian