Jabatan Imigresen tahan 125 pendatang asing di ibu negara

KUALA LUMPUR, 20 Syaaban 1438H, Rabu – Lebih 120 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan hari ini dalam operasi serbuan yang dijalankan oleh Jabatan Imigresen.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, serbuan berkenaan adalah rutin bagi jabatan itu ekoran peningkatan bilangan pendatang asing di Malaysia.

“Ramai daripada mereka menyalahgunakan visa pelajar untuk mencari pekerjaan di sini dan tinggal melebihi tempoh sepatutnya,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Kira-kira 350 orang telah diperiksa, dan 125 daripadanya termasuk 10 wanita ditahan, terdiri daripada warga Indonesia, Nepal, Bangladesh, Myanmar, India, Pakistan, Filipina dan Afghanistan.

Mustafar berkata, jabatannya kini bekerjasama rapat dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), untuk mengesan majikan dan pemilik premis yang memberi sewa lot kedai kepada warga asing tanpa dokumentasi yang sah.

“Banyak amaran telah diberikan. Kita akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka selepas ini,” katanya.

Katanya, tindakan tegas itu juga temasuklah pembekuan aset pelaku jika didapati bersalah, sebagai usaha menghentikan masalah berkenaan.

Beliau berkata, setakat tahun ini, 5,908 serbuan telah dijalankan yang membawa kepada penangkapan seramai 17,971 pendatang asing.

The post Jabatan Imigresen tahan 125 pendatang asing di ibu negara appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian