Jaheaik cadang tubuh institusi khas jaga solat

KOTA BHARU, 25 Syaaban 1438H, Isnin – Kerajaan disyor untuk menubuhkan institusi solat sebagaimana haji dan zakat bagi memastikan penghayatan masyarakat lebih serius.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik), Datuk Che Mohd Rahim Jusoh berkata, langkah berkenaan begitu penting kerana ia merupakan Rukun Islam.

“Kita mencadangkan satu institusi ditubuh yang memberi fokus khusus kepada solat sepertimana diinstitusikan ibadat haji dan zakat.

“Jika ia dapat dilakukan, kita yakin bahawa solat mampu menyelesaikan masalah yang sedang berlaku dalam masyarakat sekarang,” katanya pada sambutan Bulan Solat dan Ambang Ramadan di Kompleks Balai Islam Lundang Kota Bharu.

Che Mohd Rahim berkata, masalah sosial yang berlaku dikesan berpunca daripada pengabaian solat.

Justeru, beliau berkata, keraajan negeri sedang berusaha melaksanakan sambutan Bulan Solat sejak dahulu sehingga sekarang bagi merealisasikan hasrat tersebut.

The post Jaheaik cadang tubuh institusi khas jaga solat appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian