Kerajaan PAS Kelantan terkejut arahan PKR kakitangan letak jawatan

KOTA BHARU, 20 Syaaban 1438H, Rabu – Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah tidak menjangkakan Biro Politik Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan membuat keputusan mengarahkan semua lantikan politik dari parti itu dalam kerajaan negeri Kelantan melepaskan jawatan mereka serta-merta.

Keputusan itu disifatkan Amar sebagai tindakan drastik pucuk kepemimpinan PKR memandangkan pihaknya menjangkakan ketika ini adalah tempoh bertenang susulan isu hubungan kedua-dua parti terbabit.

“Bagaimanapun, kita tidak menghalang jika mereka mahu meletak jawatan, namun keputusan kekal (jawatan dalam kerajaan negeri) adalah lebih baik.

“Kami mengalukan mana-mana ahli PKR yang mahu kekal dengan lantikan itu supaya dapat bersama-sama memberi khidmat kepada rakyat…itu lagi penting.

“Apa pun, ia terserah kepada mereka dan kita mengalu-alukan apa saja keputusan yang dibuat,” katanya ketika ditemui selepas mesyuarat EXCO negeri, di sini, sebentar tadi.

Mengulas lanjut keputusan itu, Mohd Amar berkata, setakat ini, pihaknya masih belum menerima sebarang surat daripada ahli PKR di negeri ini berhubung keputusan terbabit.

“Bagi kerajaan, apa saja keputusan tidak menjejaskan pentadbiran negeri, cuma mereka akan rugi kerana tidak boleh berkhidmat kepada rakyat.

“Kami harap supaya mereka kekal sekurang-kurangnya hingga hujung tahun atau sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) nanti,” katanya.

The post Kerajaan PAS Kelantan terkejut arahan PKR kakitangan letak jawatan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian