Rakyat Malaysia antara ditahan dalam pesta gay di Jakarta

JAKARTA, 26 Syaaban 1438H, Selasa – Rakyat Malaysia dilaporkan antara yang ditahan dalam pesta gay di Kelapa Gading, Jakarta Utara, semalam.

Jurucakap polis Jakarta, Argo Yuwono berkata, pihaknya menahan 141 orang dari pelbagai negara atas dakwaan melanggar undang-undang pornografi Indonesia.

Katanya, mereka yang ditahan adalah gay daripada jaringan antarabangsa, lapor suratkabar.id

Setakat ini, 10 suspek termasuk pemilik kelab dan beberapa kakitangan, sudah didakwa manakala yang lain sedang disoal siasat.

Indonesia mempunyai undang-undang anti-pornografi yang ketat dengan pesalah boleh dihukum sehingga 15 tahun penjara.

Hukuman maksimum bagi memuat turun bahan lucah pula adalah empat tahun penjara atau denda 2 bilion rupiah (RM647,573).

Serbuan itu dilakukan berikutan kebimbangan terhadap tindak balas negatif komuniti Lesbian, Gay, Biseksual dan Tansgender (LGBT) di negara majoriti penduduk Islam terbesar di dunia itu. -Agensi

The post Rakyat Malaysia antara ditahan dalam pesta gay di Jakarta appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian