Rakyat Malaysia di Manchester diminta lapor diri

Letupan di lokasi konsert

KUALA LUMPUR, 26 Syaaban 1438H, Selasa –  Rakyat Malaysia yang berada di lokasi serangan Arena Manchester diminta melaporkan diri kepada pihak Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London. 

Wisma Putra dalam satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya memantau rapi insiden letupan berkenaan. 
Dalam masa sama, pihak kementerian turut menzahirkan ucapan takziah kepada mangsa dan keluarga yang terbabit dalam kejadian itu. 
Sekurang-kurangnya 19 orang dilaporkan maut manakala 50 yang lain cedera dalam kejadian yang disiasat sebagai serangan pengganas itu.
Letupan berlaku di Manchester Arena ketika penyanyi Amerika Syarikat, Ariana Grande mengadakan persembahan.

The post Rakyat Malaysia di Manchester diminta lapor diri appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian