ismakualaterengganu

Buta-buta dapat RM60 juta: Pembelian bangunan Mara di Melbourne meragukan, dakwa portal

BANGI, 10 Rabiulawal 1439H, Rabu – Sekumpulan rakyat Malaysia didakwa mengaut kira-kira RM60 juta, tanpa mengeluarkan sesen pun belanja, ...

BANGI, 10 Rabiulawal 1439H, Rabu – Sekumpulan rakyat Malaysia didakwa mengaut kira-kira RM60 juta, tanpa mengeluarkan sesen pun belanja, berikutan satu urus niaga hartanah, dedah sebuah portal berita liberal tempatan, hari ini.

Pendedahan dan dakwaan ini dibuat berdasarkan dua syarikat yang berdaftar di British Virgin Islands (BVI), dokumen dan satu perjanjian yang meragukan serta laporan penilaian yang tinggi.

Turut didedahkan ialah bagaimana pembelian dan penjualan hartanah itu dilakukan tanpa perlu meletakkan sebarang wang pendahuluan dan didakwa mengaut berpuluh-puluh juta ringgit.

“Ia tertumpu kepada hartanah yang dikenali sebagai UniLodge, sebuah bangunan 12 tingkat di 746, Swanston Street di pusat bandar Melbourne. Ia telah “dijual” kepada Mara Inc pada tahun 2012 bernilai A$41.8 juta (RM138 juta) berbanding harga pasarannya ketika itu dan harga transksi AS$23.5 juta (kira-kira RM77.6 juta).

“Pada 28 Ogos 2012, berdasarkan satu penilaian UniLodge oleh juruukur dan penilai yang berpejabat di Malaysia, Mara Inc membayar A$41.8 juta untuk pembelian semua kepentingan dalam sebuah syarikat BVI yang dipanggil Thrushcross Ltd.

“Laporan penilaian itu adalah tambahan kepada perjanjian jual beli Thrushcross. Penjualnya ialah Scarlett Nominees Limited, sebuah lagi syarikat berdaftar BVI,” lapor portal itu.

Berdasarkan laporan portal berkenaan, perjanjian ini untuk membeli syarikat BVI bertujuan memperoleh ‘semua kepentingan’ dalam Thrushcross Ltd, yang kemudiannya menukar namanya kepada Thrushcross Land Holdings Ltd.

“Namun,kedua-dua Scarlett dan Thrushcross tidak mempunyai harta tak alih atau sebarang harta atas nama mereka. Pendek kata, Mara Inc membeli ‘shell comppany’ bernilai A$41.8 juta dari sebuah lagi ‘shell company’ yang lain,” dedah portal itu lagi.

Sementara itu, Pengerusi Mara Inc, Mohammad Lan Allani berkata, beliau tidak dapat mengingati maklumat terperinci transaksi itu.

“Apa yang boleh saya kata jika syarikat itu (Thrushcross) adalah shell company, tidak mungkin Mara Inc akan luluskan urus niaga itu. SOP (prosedur operasi piawai) kami sangat teliti.

“Ketika saya jadi pengerusi, saya sangat cermat. SOP itu mesti menyeluruh. Kita ada proses penilaian. Sebagai pengerusi Marc Inc, saya harus menandatangani kesemua dokumen-dokumen. Hanya apabila kesemua ini selesai, baru kita teruskan,” katanya ketika dihubungi portal berita berkenaan.

Menurut laporan itu, rakyat Malaysia yang terlibat dalam perjanjian itu telah dikenal pasti dalam pelbagai dokumen rasmi, termasuk bekas pegawai tertinggi Mara Inc.

Dalam laporan eksklusifnya yang pertama mengenai kes itu tengah hari tadi, portal terbabit mendedahkan Mara membayar A$41.8 juta (kira-kira RM138 juta) kepada sebuah ‘syarikat lahu’ (syarikat tanpa operasi atau shell company) bernilai US$2 di Caribbean, yang mendakwa mempunyai kepentingan dalam sebuah bangunan di Melbourne, Australia.

“Dengan menggunakan jaringan transaksi atas kertas yang rumit dan syarikat yang diperbadankan di British Virgin Islands (BVI), berjuta ringgit bertukar tangan melalui perjanjian jual beli, dan dengan bantuan mereka yang mempunyai kepentingan peribadi dalam urus niaga itu.

“Dua lagi urus niaga diperlukan untuk melengkapkan pembelian itu. Pembelian itu dikaburi lagi dengan transaksi yang dibuat melalui syarikat di BVI oleh beberapa warga Malaysia, termasuk bekas pegawai MARA,” lapor portal itu.

Portal berkenaan juga mendakwa memperoleh memperoleh dokumen menggemparkan itu yang memberi gambaran mengenai penipuan yang berlaku.

Ia telah menjejaskan kepentingan Mara, menyebabkan badan yang ditubuhkan untuk membantu golongan Melayu miskin itu kerugian berjuta ringgit.

Portal berkenaan mendedahkan dokumen itu berisi:

  • Walaupun tiada kepentingan perundangan dalam hartanah itu, Scarlett Nominees Ltd membuat perjanjian dengan Mara Incorporated (Mara Inc) untuk “menjual” syarikat BVI, Thrushcross Land Holdings Ltd, yang “dikatakan memiliki hartanah itu” – bangunan 12 tingkat bernama Unilodge di 746, Swanston Street, Melbourne;
  • Perjanjian ditandatangani pada 28 Ogos 2012. Tidak sampai seminggu, Mara Inc membayar 10 peratus daripada harga pembelian. Pada hujung November 2012, jumlah yang dibayar Mara Inc kepada Scarlett adalah A$41.8 juta untuk “syarikat lahu” , Thrushcross, kononnya bersekali dengan Unilodge;
  • Pada 16 Januari 2013, Thrushcross membayar pemilik Unilodge sebenar, HRSV Pty Ltd sebanyak A$23.5 juta bagi bangunan itu;
  • Transaksi jualan melibatkan harga A$23.5 juta (kira-kira RM77.6 juta), walaupun lima bulan sebelum itu Scarlett telah “menjual” Thrushcross (yang ketika itu tidak memiliki Unilodge) kepada Mara Inc pada harga A$41.8 juta (Kira-kira RM138 juta);
  • Nilai A$41.8 juta itu berdasarkan penilaian oleh syarikat penilai dan surveyor berpangkalan di Malaysia, dan dimasukkan sebagai tambahan (annexure) kepada perjanjian jual beli Thrushcross antara Mara Inc dan Scarlett;
  • Sehingga pemindahan rasmi dilaksanakan pada 16 Januari 2013, pemilik sebenar Unilodge adalah HRSV. Ini bermakna berdasarkan undang-undang, Thrushcross bukan pemilik kepada hartanah itu sebelum tarikh tersebut. Begitu juga dengan Scarlett;
  • Walaupun Thrushcross dikatakan menjadi milik Mara Inc selepas penjualannya, perjanjian pemindahan tanah dengan HSRV ditandatangani oleh dua warga Malaysia yang tiada apa-apa kaitan dengan Mara Inc. Mereka juga memberikan alamat tempat tinggal yang sama di Melbourne;
  • Pada 19 Julai 2013, dua individu yang menjadi pegawai tinggi Mara Inc pada ketika itu membuat gadai janji terhadap hartanah itu untuk meraih wang bagi membeli sebuah lagi hartanah di Melbourne – Dudley House; dan
  • Pembelian itu kini sedang disiasat atas dakwaan penipuan, rasuah dan pengubahan wang haram.

The post Buta-buta dapat RM60 juta: Pembelian bangunan Mara di Melbourne meragukan, dakwa portal appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Related

TERKINI 2494789799144517902

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item