Jadi PM terlalu lama boleh wujud nepotisme: Tun M

BANGI, 4 Rabiulawal 1439H, Khamis – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pemimpin yang terlalu lama memerintah akan menyebabkan berlakunya korupsi dan nepotisme.

Beliau yang pernah meneraju pentadbiran negara selama 22 tahun itu berkata, apabila mentadbir terlalu lama, ia akan mewujudkan kecenderungan untuk mengekalkan kuasa di kalangan keluarga.

“Seterusnya membawa kepada kuasa mutlak. Kuasa mutlak itu akan membawa pula kepada korupsi secara mutlak,” katanya menafikan pernah mengamal nepotisme ketika pentadbirannya sebelum ini.

Beliau menolak dakwaan membuka jalan untuk anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, ketika memerintah dulu.

Sebaliknya, beliau berkata, Mukhriz suatu masa dahulu, pernah dihalang daripada menyertai politik.

“Apabila saya meletak jawatan, saya fikir anak saya tidak perlu lagi mengorbankan cita-cita politiknya demi menjaga repuasi saya,” katanya seperti dilapor portal liberal, hari ini.

Mengulas lanjut Tun Mahathir juga berkata, Malaysia sejak kemerdekaan cuba menghalang nepotisme dengan cara menyekat kuasa raja dalam perkara pentadbiran.

“Kuasa eksekutif diberikan kepada perdana menteri. Tetapi, walaupun perdana menteri dipilih oleh anda dan dia terlalu lama di situ, dia mungkin akan mewujudkan dinasti.

“Sebab itu pilihan raya diadakan, tetapi masih ada kecendurangan memusatkan kuasa kepada keluarga,” katanya.

The post Jadi PM terlalu lama boleh wujud nepotisme: Tun M appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian