Lebih 12,000 paket rokok murah dirampas

BANGI, 19 Safar 1439H, Rabu – Sejumlah 12,441 paket rokok yang dijual di bawah harga minima RM10 dirampas, dianggarkan bernilai lebih RM70,000.

Rampasan itu dibuat dalam satu operasi penguatkuasaan di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004, yang dijalankan oleh pegawai pejabat kesihatan ke atas 173 premis, pada 30 dan 31 Oktober lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kesemua premis terbabit didapati menjual rokok di bawah harga minimum berdasarkan Peraturan 8C(1), Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 (PPKHT).

“Kesemua peniaga yang didapati melakukan kesalahan akan diambil tindakan di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 setelah izin diperolehi dari Timbalan Pendakwaraya negeri masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 187 notis kesalahan dikeluarkan termasuk bagi kesalahan-kesalahan lain seperti penjualan rokok dalam paket terbuka (jualan rokok sebatang-sebatang).

Jelasnya, Kementerian Kesihatan memandang serius isu kemudahdapatan rokok yang tidak mematuhi undang-undang negara.

Beliau berkata, masyarakat perlu sedar bahawa undang-undang yang dikuatkuasa di bawah kementerian adalah untuk melindungi rakyat daripada bahaya dan kemudaratan kesihatan disebabkan oleh perbuatan yang mendatangkan risiko.

“KKM akan meneruskan operasi penguatkuasaan secara berterusan sebagai langkah membendung gejala yang tidak sihat ini,” katanya.

The post Lebih 12,000 paket rokok murah dirampas appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian