‘Lebih baik perkasa tulisan Jawi daripada wujud semula sekolah aliran Inggeris’: Pembina

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 2 Rabiulawal 1439H, Selasa – ‘Lebih baik kerajaan memikirkan usaha untuk memperkasa tulisan Jawi dalam sistem pendidikan negara, daripada mewujudkan semula sekolah aliran Inggeris.’

Demikian saranan Presiden Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina), Eqwan Roslan sebagai mengulas cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan untuk mewujudkan semula sekolah aliran Inggeris di negara ini.

Menurut Eqwan, mewujudkan semula sekolah aliran Inggeris dilihat sebagai langkah terkebelakang dalam memperkasa identiti tanah air dan perpaduan masyarakat.

“Bahasa tidak harus dilihat sebagai alat ekonomi semata-mata. Ia adalah identiti bangsa yang harus dipertahan dan diperkasakan penggunaannya.

“Daripada memikirkan untuk mewujudkan sekolah aliran Inggeris, lebih baik memikirkan bagaimana untuk memperkasa tulisan Jawi,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.

Eqwan berkata, kerajaan sepatutnya melaksanakan Dasar Pendidikan Kebangsaan sepenuhnya, termasuk memperkasa Bahasa Melayu dalam semua sektor seperti yang telah dijanjikan.

“Kemerdekaan harus diisi dengan keyakinan untuk memajukan anak bangsa dan negara dengan identiti sendiri,” katanya.

Semalam, Abdul Rahman dilaporkan berkata, cadangan mewujudkan semula sekolah aliran Inggeris itu adalah untuk mempertingkat bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar supaya mampu bersaing khususnya di peringkat antarabangsa.

The post ‘Lebih baik perkasa tulisan Jawi daripada wujud semula sekolah aliran Inggeris’: Pembina appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian